Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459377
Title: | Kedudukan dan ulasan hadis dalam juzuk 2 kitab Kashf al-Ghummah fi Ahw Alil al-Mawta fi al-Barzakh wa al-Qiyamah |
Authors: | Muhammad Darul Ehsan Derome (P78494) |
Supervisor: | Mohd Arif Nazri, Dr. |
Keywords: | Kashf al-Ghummah Hadis Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 17-May-2018 |
Description: | Kashf al-Ghummah nukilan Syeikh Daud al-Fatani merupakan sebuah karya membicarakan tentang kematian, hari kiamat dan hari kebangkitan yang sarat dengan hadis. Secara tuntasnya hadis berkaitan perkara ghaib mestilah mencapai kedudukan maqbul kerana ianya merupakan iktikad. Namun, hadis-hadis yang dikemukakan tidak dinyatakan hukumnya dengan jelas dan terperinci serta diambil daripada sumber pelbagai. Memandangkan karya ini masih diulang cetak dan dipakai dalam pengajian pondok-pondok, maka seharusnya nas-nas hadis yang tidak jelas kedudukannya perlu dilakukan penambahbaikan atau dikaji dan diberi penjelasan terlebih dahulu. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis sumber ambilan hadis tersebut, kedudukan hadis asasnya sama ada berstatus maqbul atau mardud dan mengemukakan hadis solusi bagi hadis yang mardud. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan. Setelah itu analisis dilakukan dengan menggunakan kaedah pendekatan deskriptif dengan melakukan takhrij dan tashih terhadap hadis-hadis bagi mengenal pasti sumber sesebuah hadis daripada masadir al-asliyyah serta menjelaskan kedudukan setiap hadis tersebut sama ada bertaraf maqbul atau mardud. Hasil analisis terhadap 85 teks hadis yang dikaji mendapati bahawa hadis yang dikategorikan sebagai maqbul berjumlah 33 hadis (38.82%), mardud pula sebanyak 33 hadis (38.82%). Manakala yang belum dikenalpasti 12 hadis (14.12%). Seterusnya 6 hadis (7.06%) matan tidak dijumpai dan yang terakhir 1 (1.18%) dikategorikan bukan hadis. Penjelasan ini adalah penting bagi memastikan kesahihan al-Sunnah kekal tulen sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Implikasi kajian ini secara amnya akan memberi kesedaran tentang kepentingan menentukan kedudukan hadis dan berhujah dengan hadis maqbul dalam kalangan masyarakat terutama dalam perkara ghaib yang menjadi iktikad selain mempercambahkan lagi penggunaan ilmu takhrij hadis.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 177 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_105739+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 11.31 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.