Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459376
Title: Tafsiran peruntukan undang-undang kesalahan menghina agama dalam enakmen jenayah syariah
Authors: Mohamad Azri Kharal Anuar (P78788)
Supervisor: Mohd. Al Adib Samuri, Dr.
Keywords: Undang-undang
Menghina agama
Jenayah syariah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Jan-2018
Description: Terdapat peruntukan kesalahan menghina agama yang jelas dalam undang-undang Islam di seluruh negeri di Malaysia. Walaubagaimanapun, peruntukan undang-undang sedia ada terhadap kesalahan menghina agama dilihat masih kabur dan bersifat umum kerana sebahagian peruntukan tidak menjelaskan maksud dan elemen yang membentuk sesuatu kesalahan itu. Akibat kekaburan dalam pentafsirannya, pihak penyiasat dan pendakwaan tidak berjaya membawa kes-kes penghinaan agama ke Mahkamah Syariah bagi menguatkuasakan undang-undang. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mentafsirkan peruntukan undang-undang kesalahan menghina agama berdasarkan tafsiran para ulama terhadap kesalahan itu dan hukuman yang perlu dikenakan ke atas orang yang menghina agama menurut neraca syarak. Reka bentuk kajian yang dipilih dalam kajian ini ialah analisis kandungan dan kajian kes. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen dan temu bual separa struktur terhadap tujuh orang pengamal undang-undang Syariah yang terdiri daripada Hakim Syarie, Pendakwa Syarie dan Pengawai Penguatkuasa Agama. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dan tematik dalam menganalisis data yang dikumpulkan. Hasil kajian mendapati setiap perkataan dalam matan undang-undang kesalahan menghina agama mempunyai sandaran yang kukuh berdasarkan keterangan para ulama. Temu bual yang dilakukan pula mendapati pihak pengamal undang-undang bersetuju dengan peruntukan sedia ada yang bersifat umum dan subjektif kerana lebih terbuka untuk ditafsirkan sesuai dengan elemen-elemen kesalahan menghina agama. Kajian ini penting bagi menerangkan secara terperinci tentang tafsiran peruntukan undang-undang berkaitan kesalahan menghina agama bagi membolehkan pihak berkuasa, pengamal undang-undang dan mahkamah syariah memanfaatkannya dalam prosiding perbicaraan.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 155
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105390+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.34 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.