Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459373
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAmir Fazlim Jusoh @ Yusoff, Dr.
dc.contributor.authorShahinaz Zakaria (P73333)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:54:58Z-
dc.date.available2023-09-13T07:54:58Z-
dc.date.issued2018-06-11
dc.identifier.otherukmvital:105384
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459373-
dc.descriptionPembiayaan peribadi merupakan kaedah mudah untuk mendapatkan tunai. Sebelum diperkenalkan dengan produk pembiayaan peribadi berasaskan Islam, masyarakat didedahkan dengan pelbagai produk dari perbankan konvensional. Walaupun produk pembiayaan peribadi Islam yang ditawarkan di perbankan Islam kini sebaris dengan produk-produk yang terdapat di perbankan konvensional, namun terdapat instrumen yang menimbulkan kontroversi dan kekeliruan pendapat di kalangan pakar kewangan Islam, seperti bay al-inah dan tawarruq. Hal ini kerana, terdapat isu ketidakpatuhan syariah dalam pengaplikasiannya. Oleh itu, alternatif baru bagi pembiayaan peribadi Islam perlu diperkenalkan seperti model hibah bersyarat balasan (Hibah al-Thawab). Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti konsep hibah bersyarat balasan menurut pandangan fuqaha. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis kelemahan produk pembiayaan peribadi berasaskan bay al-inah dan tawarruq dalam perbankan Islam di Malaysia. Sekaligus, menganalisis kedudukan model hibah bersyarat balasan sebagai alternatif baru bagi produk pembiayaan peribadi di perbankan Islam sama ada sesuai untuk diaplikasikan di Malaysia atau sebaliknya. Kajian menggunakan kaedah kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Data-data dikumpul menerusi analisis dokumen dan temubual separa struktur bersama informan daripada perbankan dan pakar muamalat bagi mendapatkan maklumat sokongan. Pendekatan deskriptif, deduktif dan komparatif pula digunakan bagi menganalisis data yang diperolehi. Hasil kajian mendapati bahawa, pelaksanaan hibah bersyarat balasan adalah bertepatan dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh fuqaha sekiranya rukun dan syarat pemberian balasan dinyatakan secara jelas. Walau bagaimanapun hibah bersyarat balasan ini tidak bersesuaian untuk diaplikasikan dalam perbankan Islam di Malaysia sebagai salah satu instrumen dalam produk pembiayaan peribadi Islam menurut informan yang ditemubual.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectInheritance and succession (Islamic law) -- Malaysia
dc.subjectWills (Islamic law) -- Malaysia
dc.subjectFinance -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKedudukan model hibah bersyarat balasan sebagai instrumen pembiayaan peribadi Islam
dc.typetheses
dc.format.pages121
dc.identifier.callnoBP158.I45S33 2018 tesis
dc.identifier.barcode003729(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105384+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.