Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459371
Title: Bimbingan saudara baru melalui model pendidikan berasrama di Asrama Darul Hidayah Kuala Lumpur
Authors: Mohd Nurazan Ayub (P72831)
Supervisor: Abdul Ghafar Don, Prof. Madya Dr.
Keywords: Muslim converts
Muslim converts -- Conduct of life
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Feb-2017
Description: Kajian ini menfokuskan penerapan model pendidikan berasrama kepada saudara baru. Ia merupakan kaedah bimbingan saudara baru yang digunakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI). Memandangkan saudara baru adalah golongan yang belum kukuh kefahaman dan pegangan mereka terhadap agama Islam. Maka, model bimbingan saudara baru berkonsepkan asrama diwujudkan bagi membentuk persekitaran yang bercorak Islami. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan konsep model pendidikan berasrama, mengetahui pelaksanaan model pendidikan berasrama di Asrama Darul Hidayah dan mengenal pasti nilai-nilai Islam yang wujud dalam model pendidikan berasrama. Kajian ini merupakan kajian kualitatif (kualitatif research). Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual dan dokumentasi. Model analisis data yang digunakan dalam kajian ini adalah deskriptif analisis. Dengan langkah-langkah pengumpulan data, reduksi data, penyajian data dan penarikan kesimpulan. Kajian menunjukkan bahawa bimbingan yang diterapkan melalui model pendidikan berasrama mempunyai elemen-elemen pembelajaran, kelaziman, pengembangan diri, keteladanan, menjalin komunikasi dengan para mubaligh (pengajar), penerima nasihat dan perhatian. Elemen-elemen tersebut menyumbang kepada penambahbaikan dalam meningkatkan kualiti saudara baru dalam aspek ilmu pengetahuan Islam, pengamalannya sekaligus mampu berinteraksi bersama masyarakat dengan baik.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 195
Call Number: BP170.5.M59 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105320+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.96 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.