Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459370
Title: Analisis interaksi guru-pelajar dan penggunaan bahasa dalam kelas pembelajaran bahasa Arab di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Authors: Hanif Ismail Hamzah (P77223)
Supervisor: Kaseh Abu Bakar, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Arabic language -- Writing -- Study and teaching (Higher)
Arabic language -- Study and teaching (Higher) -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Mar-2017
Description: Interaksi merupakan faktor penting dalam kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Melalui pelaksanaan interaksi yang baik semasa proses (P&P), dapat menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan meningkatkan penguasaan bahasa mereka. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji interaksi guru dan pelajar yang berlaku semasa proses (P&P) bahasa Arab. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti pola interaksi yang wujud di samping mengkaji penggunaan bahasa oleh guru dan pelajar semasa proses pembelajaran. Kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan instrumen pemerhatian dan temu bual. Untuk tujuan tersebut sesi rakaman video telah dijalankan sebanyak empat sesi yang berdurasi 40 minit setiap sesi di kelas pembelajaran bahasa Arab, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kemudian video tersebut dianalisis menggunakan sistem Foreign Language Interaction (FLINT) oleh Moskowitz (1971) dan rangka kerja Malamah-Thomas (1987) untuk mengenalpasti interaksi yang berlaku dan juga Language Use Interaction (LUI) oleh Kaseh-Hanif (2017) untuk mengetahui penggunaan bahasa oleh guru dan pelajar. Sesi temu bual juga turut dijalankan bersama seorang guru dan lima orang pelajar sebagai sokongan kepada dapatan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru menggunakan enam jenis percakapan dan pelajar menggunakan lima jenis percakapan berdasarkan sistem Foreign Language Interaction (FLINT). Selain itu, dapatan juga menunjukkan terdapat enam pola interaksi yang berlaku dalam bilik darjah tersebut berdasarkan rangka kerja Malamah-Thomas (1987) iaitu guru berinteraksi dengan ramai pelajar, guru berinteraksi dengan salah seorang pelajar, guru berinteraksi dengan kumpulan tertentu, pelajar berinteraksi dengan guru, pelajar berinteraksi dengan ahli kumpulan dan pelajar berinteraksi dengan seluruh kelas. Dapatan turut memperlihatkan bahawa sebahagian besar penggunaan bahasa oleh guru dan pelajar dalam menjalankan proses (P&P) adalah bahasa Arab. Namun kajian lanjutan perlu dijalankan untuk mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh tentang bagaimanakah interaksi antara pelajar dengan pelajar dalam ruang yang luas kerana kebanyakan interaksi yang berlaku adalah antara guru dan pelajar. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memberi input dan pendedahan kepada guru supaya proses (P&P) lebih berpusatkan kepada pelajar.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 105
Call Number: PJ6123.H33 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105319+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.