Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459369
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIzziah Suryani Mat Resad @ Arsyad, Dr.-
dc.contributor.authorMohd Khairul Nizam Mat Yusoff (P58366)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:54:47Z-
dc.date.available2023-09-13T07:54:47Z-
dc.date.issued2018-03-16-
dc.identifier.otherukmvital:105318-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459369-
dc.descriptionKerajaan Kelantan dan Kerajaan Campa merupakan kerajaan yang pernah melalui pemerintahan sezaman. Kedua-dua kerajaan ini pernah mengamalkan hubungan diplomasi walaupun terletak jauh dari segi geografi. Kerajaan Kelantan terletak di Semenanjung Tanah Melayu manakala Kerajaan Campa kini terletak di Selatan Vietnam. Kedua-dua kerajaan ini mempunyai hubungan yang erat dan saling bantu membantu antara satu sama lain sekiranya satu daripada mereka menghadapi masalah. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menyelidik mengenai sejarah terbinanya hubungan antara Kelantan-Campa dalam aspek sosial yang meliputi perkahwinan, pertalian persaudaraan, persahabatan, pertahanan, Islam, pendidikan, kesenian, kebudayaan, ketamadunan dan peradaban. Selain itu, kajian juga dilakukan untuk meneliti kesan yang berlaku daripada hasil hubungan antara dua kuasa dalam perkembangan masyarakat Melayu. Di samping itu, turut dibincangkan perkembangan-perkembangan ilmu pengetahuan dan Dakwah Islam di Kelantan. Tumpuan kajian kepada aspek sejarah hubungan yang terbina antara Kelantan dengan Campa sejak abad ke-15 serta manfaatnya ke atas kepentingan negara. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kajian kualitatif menerusi kajian kepustakaan dan analisis kandungan terhadap sumber primer dan sumber sekunder, khususnya berkaitan sejarah hubungan Kelantan-Campa. Dapatan kajian, penulis mendapati bahawa Kelantan dan Campa mempunyai hubungan yang erat sejak zaman berzaman menerusi pertalian darah daripada hasil perkahwinan Diraja dan masyarakat biasa. Selain itu, kedua-dua kerajaan menjalinkan hubungan ketenteraan untuk mempertahankan kedaulatan daripada musuh. Kehadiran pendakwah Campa mengembangkan lagi dakwah Islam di Kelantan. Maka dengan itu, wujudlah masyarakat campuran hasil daripada perkahwinan Masyarakat Kelantan dan Masyarakat Cam di Kelantan. Melalui hubungan ketenteraan ini, maka terhasil gabungan pemerintahan Diraja di Kelantan yang mana Tuan Sulong pernah diberi kuasa memerintah Kelantan Barat. Masjid Kampung Laut merupakan bukti kesan kehadiran pendakwah Campa yang merupakan senibina Islam Melayu menjadi kebanggaan masyarakat tempatan. Sumbangan daripada kajian ini dapat dilihat menerusi pertambahan maklumat yang berkaitan dan menyebarluaskan bahan bacaan kepada masyarakat. Implikasi kajian ini ditujukan kepada beberapa pihak untuk melaksanakan aktiviti penerokaan dan penyelidikan isu sejarah hubungan Kelantan dan Campa dilaksanakan dengan baik dan mampu memberi impak yang positif dalam melahirkan masyarakat mengenali sejarah asal usul dan memiliki sahsiah yang tinggi.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectCham (Southeast Asian People) -- History-
dc.subjectChampa (Kingdom) -- Civilization-
dc.subjectKelantan -- History-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleHubungan sosial Kelantan-Campa dan kesannya terhadap perkembangan komuniti Cam di Kelantan-
dc.typetheses-
dc.format.pages199-
dc.identifier.callnoDS556.45.C5M55 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003726(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105318+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
11.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.