Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459368
Title: Kritikan terhadap pemikiran Irshad Manji tentang konsep gender dan seksualiti
Authors: Hairun Nazirah Che Hassan (P78109)
Supervisor: Indriaty Ismail, Dr.
Keywords: Gender identity
Sex differences
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Jan-2018
Description: Penelitian tentang persoalan gender dan seksualiti adalah sebahagian daripada tumpuan perbincangan para sarjana. Golongan feminis berusaha melihat semula tradisi, budaya keagamaan, membentuknya semula serta memastikan tradisi ini mampu diterima secara logik dalam dunia moden kini. Pengaruh permodenan dalam aspek pemikiran masyarakat Muslim dapat dikesan dalam wacana gender dan seksualiti oleh Irshad Manji. Irshad Manji adalah seorang pejuang feminis Muslim yang lantang menyokong perilaku homoseksual malah beliau berpandangan isu gender dan seksualiti (homoseksual) adalah suatu konsep yang bebas dan tidak perlu dilitupi oleh doktrin keagamaan. Bertitik tolak dari fakta ini, objektif kajian ditulis adalah untuk mengupas kekeliruan pemikiran Irshad Manji tentang konsep gender dan seksualiti. Objektif yang kedua adalah untuk mengkaji konsep gender dan seksualiti dari perspektif Islam. Objektif ketiga kajian ini ialah menganalisis dan menilai kekeliruan yang terkandung dalam pemikiran Irshad Manji tentang gender dan seksualiti. Metodologi yang digunakan dalam memperoleh data dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan menumpukan pengkajian tentang isu gender dan seksualiti berdasarkan kepada dua buah buku karya Irshad Manji. Kajian ini meliputi keseluruhan penelitian perbahasan idea yang terdapat di dalam buku karya Irshad Manji iaitu The Trouble with Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith (2003) dan Allah, Liberty and Love (2011). Hasil kajian menunjukkan bahawa Irshad Manji tidak bersetuju dan mengkritik wacana Islam tentang konsep gender dan seksualiti. Walau bagaimanapun, idea dan kritikan yang dikemukakan Irshad Manji ini masih mampu untuk memberi sumbangan dalam membuka ruang perbincangan, penyelidikan serta membentuk orientasi baru terhadap perkembangan idea dan pemikiran kini. Perkembangan pemikiran sebegini memberi implikasi kepada semua pihak, kerajaan, golongan berautoriti serta individu Muslim terutamanya, agar semua pihak lebih cakna tentang isu-isu kekeliruan pemikiran kerana pendekatan ini memberi ancaman terhadap kesucian agama.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 97
Call Number: HQ1075.H33 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105317+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.44 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.