Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459364
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhd. Najib Abdul Kadir, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Siti Hajar Basiron (P70887) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:54:31Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:54:31Z | - |
dc.date.issued | 2018-05-03 | |
dc.identifier.other | ukmvital:105074 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459364 | - |
dc.description | Kajian ini membincangkan kosa kata sabar dan syukur dalam al-Qur'an yang mencakupi 162 ayat. Ayat-ayat sabar dan syukur kebiasaannya dibahas mengikut tema ayat atau berdasarkan topik. Ia juga dikenali dengan tafsir Mawdui c . Penulisan sebelum ini hanya menyebut jumlah sebutan sabar dan syukur dalam al-Qur'an tanpa memberi penekanan terhadap perbincangan kosa kata. Selain itu, masalah sosial dalam kalangan masyarakat yang meruncing pada masa kini seperti penderaan kanak-kanak, buli, krisis rumahtangga malah kes bunuh berlaku ekoran tidak dapat mengawal marah dan tidak sabar. Dalam hal ini, ia berkait pula dengan sikap kurang bersyukur. Terdapat banyak ayat yang mengandungi perintah supaya bersabar dan bersyukur kepada Allah SWT dalam pelbagai bentuk lafaz kata yang berbeza. Malah, dalam al-Qur'an terdapat empat ayat yang menggandingkan elemen sabar dan syukur yang perlu dikaji untuk melihat hubungan dan perkaitan antara kedua sifat mahmudah ini khususnya dalam konteks untuk menangani isu semasa. Justeru, kajian ini bertujuan menghuraikan lagi perbincangan tersebut dari segi analisa kosa kata sabar dan syukur pada setiap kalimah yang terdapat pecahan kata sabar dan syukur dalam al-Qur'an. Selain dari itu, perbincangan ulama' tafsir mengenai hubungan kosa kata sabar dan syukur serta pendekatan al-Qur'an dalam menangani isu sosial melalui sabar dan syukur turut dibahaskan dalam kajian ini. Metod kajian ini secara kualitatif dengan menggunapakai kaedah analisis dokumen atau secara kepustakaan dilakukan terhadap ayat-ayat sabar dan syukur. Dapatan kajian ini menunjukkan pendekatan al-Qur'an dalam menangani isu sosial melalui sabar ialah dengan cara berpuasa, bersikap berani, reda, bertahan dan sabar dengan sebenar-benar sabar manakala melalui syukur pula ialah syukur dengan berpegang teguh kepada akidah tauhid dan berterima kasih kepada Allah SWT. Justeru, hasil kajian ini dapat memberi sumbangan ilmu dan memahamkan masyarakat Islam dengan tafsiran al-Quran melalui kosa kata ayat al-Qur'an dalam konteks yang lebih luas.,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kosa kata | |
dc.subject | Sabar | |
dc.subject | Syukur | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Analisa kosa kata sabar dan syukur dalam al-Qur'an | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 114 | |
dc.identifier.barcode | 003714(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_105074+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.96 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.