Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459363
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMd Yazid Ahmad
dc.contributor.authorNor Faizah Zakaria (P78866)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:54:28Z-
dc.date.available2023-09-13T07:54:28Z-
dc.date.issued2018-06-22
dc.identifier.otherukmvital:105057
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459363-
dc.descriptionHarta sepencarian dalam poligami merupakan suatu perkara yang baru berbanding harta sepencarian dalam perceraian dan kematian. Oleh yang demikian, sejajar dengan peruntukan harta sepencarian dalam poligami yang telah termaktub dalam undang-undang keluarga Islam di hampir semua negeri di Malaysia, maka timbul persoalan berhubung apakah keperluan yang membawa kepada tergubalnya peruntukan tersebut. Selain itu, timbul permasalahan berhubung dengan mekanisme pembahagian harta sepencarian di dalam poligami di Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, kajian ini mempunyai dua objektif. Objektif yang pertama kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan peruntukan harta sepencarian dalam poligami. Objektif yang kedua ialah untuk mengkaji pelaksanaan amalan undang-undang dan mekanisme pembahagian harta sepencarian dalam poligami di Mahkamah Syariah. Rekabentuk kajian yang dipilih dalam kajian ini ialah kajian kualitatif yang berteraskan kaedah tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisisan data. Pengumpulan data dilakukan berdasarkan penganalisisan kandungan dan kaedah temubual bersama pegawai-pegawai di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan Selangor. Tatacara penganalisisan ke atas data yang telah dikumpulkan adalah menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa harta sepencarian pada asasnya berasal dari adat yang diterima pakai dalam undang-undang di Malaysia dan kedudukannya diakui dalam kaedah fiqh sebagai hukum dan uruf yang diiktiraf oleh hukum syarak bersandarkan kepada Masalih al-Mursalah. Selain itu, keperluan peruntukan harta sepencarian dalam poligami adalah wajar kerana peruntukan ini diwujudkan bertujuan untuk menjaga kebajikan pihak-pihak dalam perkahwinan, namun begitu, peruntukan ini adalah terlalu umum. Manakala, dari sudut pelaksanaannya berhubung mekanisme pembahagian harta sepencarian di Mahkamah Syariah, tidak terdapat satu garis panduan tentang pembahagian harta sepencarian dalam poligami khususnya untuk suami yang berpoligami lebih dari dua orang isteri. Oleh itu, kajian ini mencadangkan supaya pihak Mahkamah Syariah perlu membentuk satu parameter asas sebagai rujukan berhubung harta sepencarian dalam poligami serta mengemaskini dan membuat penambahan dalam peruntukan undang-undang untuk memelihara maslahah pihak-pihak dalam perkahwinan. Implikasi kajian ini, menambahkan pengetahuan dan memberikan kesedaran tentang kepentingan harta sepencarian kepada pihak-pihak dalam perkahwinan di Malaysia.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectHarta sepencarian
dc.subjectPoligami
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleTuntutan harta sepencarian dalam poligami menurut undang-undang keluarga Islam di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages142
dc.identifier.barcode003705(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105057+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
51.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.