Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459362
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Faizulamri Mohd Saad, Dr.-
dc.contributor.authorShabriyah Sehat (P83352)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:54:24Z-
dc.date.available2023-09-13T07:54:24Z-
dc.date.issued2018-04-23-
dc.identifier.otherukmvital:105056-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459362-
dc.descriptionEtika Kerja Islam memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah pekerja berkualiti di dunia dan akhirat. Kepatuhan dalam mengamalkan etika Islam mempengaruhi prestasi kerja dalam kalangan individu, organisasi, masyarakat dan negara. Kajian menunjukkan pensyarah Kolej Komuniti menanggung bebanan kerja sehingga mengalami tekanan dan memberi kesan dalam melaksanakan tugasan harian. Selain masalah di atas isu-isu berkaitan perlanggaran etika seperti kes penyalahgunaan kuasa, rasuah, penipuan, pecah amanah, disiplin dan kecuaian turut memberi kesan kepada kualiti kerja. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan kepatuhan pensyarah wanita Kolej Komuniti Pulau Pinang dalam etika kerja Islam serta mengenal pasti faktor-faktor ketidakpatuhan dalam melaksanakan tugas. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan menggunakan instrumen borang soal selidik. Kajian ini memilih pensampelan rawak mudah. Data-data yang diperoleh dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif bagi dapatan frekuensi, peratusan dan skor min. Data dianalisis menggunakan perisian komputer melalui program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23. Nilai alpha cronbach yang diperoleh ialah (α=0.879). Hasil kajian menunjukkan skor min tahap kefahaman pensyarah berada pada tahap tinggi (min=4.24). Manakala tahap kepatuhan pula berada pada skor min sederhana tinggi (min= 3.23). Secara keseluruhan tahap kefahaman dan kepatuhan responden berada pada tahap sederhana tinggi iaitu (min=3.78) berdasarkan skor interpretasi min. Implikasi kajian ini dapat mengenal pasti tahap kefahaman dan kepatuhan dalam kalangan tenaga kerja khususnya pensyarah Kolej Komuniti Malaysia supaya mempertingkatkan lagi kefahaman dan kepatuhan etika kerja Islam dalam usaha membentuk pensyarah yang beretika dan berkualiti selari dengan ajaran Islam yang mulia. Kajian ini dapat memberi sumbangan kepada disiplin ilmu pengajian Islam sebagai satu panduan dan rujukan kepada pengkaji, pensyarah, pelajar dan masyarakat. Selain itu menjadi panduan kepada pihak atasan Kolej Komuniti iaitu Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) agar peka dengan keadaan ini membentuk satu dasar polisi baru yang cenderung ke arah pembentukan insan yang beretika di samping mengambil cakna terhadap latihan yang serius, pengetahuan dan amalan yang seimbang dalam mengukuhkan keimanan dan ketakwaan.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectEtika-
dc.subjectPensyarah wanita-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleKefahaman dan kepatuhan pensyarah wanita Kolej Komuniti Pulau Pinang dalam etika kerja Islam-
dc.typetheses-
dc.format.pages192-
dc.identifier.barcode003704(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105056+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
9.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.