Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459360
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoor Lizza Mohamed Said, Dr.
dc.contributor.authorSiti Fatimah Abdul Khalil (P73339)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:54:17Z-
dc.date.available2023-09-13T07:54:17Z-
dc.date.issued2018-07-14
dc.identifier.otherukmvital:105055
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459360-
dc.descriptionWasiat merupakan satu mekanisme dalam pengurusan harta pusaka. Pelbagai agensi pengurusan harta pusaka telah menawarkan perkhidmatan penulisan wasiat antaranya Amanah Raya Berhad, as-Salihin Trustee Berhad, Wasiyyah Shoppe Berhad dan agensi-agensi lain termasuklah institusi kewangan dan perbankan Islam. Dokumen yang diserahkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad mempunyai frasa berkaitan dengan ahli waris layak menerima wasiat dan juga perkahwinan dan pertukaran agama boleh membatalkan wasiat. Dengan ini, menjadi permasalahan kajian penulis terhadap frasa tersebut berdasarkan pandangan fuqaha' ataupun sebaliknya. Justeru, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji perkhidmatan wasiat yang disediakan oleh BIMB dan menganalisis dokumen wasiat yang ditawarkan bersandarkan pandangan fuqaha'. Penulisan ini juga dijalankan bagi mengkaji prosedur pelaksanaan wasiat di BIMB. Rekabentuk kajian ini ialah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen primer dan sekunder serta temubual separa berstruktur terhadap pegawai bank dan kakitangan pihak yang terlibat dalam menguruskan perkhidmatan wasiat di BIMB. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dalam menganalisis data yang dikumpulkan. Kajian ini hanyalah tertumpu kepada perkhidmatan wasiat yang disediakan oleh BIMB. Hasil kajian mendapati perkhidmatan wasiat yang ditawarkan oleh BIMB adalah patuh syariah kerana di bawah pantauan Majlis Pengawasan Syariah namun beberapa perkara perlu dilihat semula oleh pihak yang bertanggungjawab supaya selaras dengan kehendak Syariah. Kajian ini mencadangkan supaya undang-undang bertulis berkaitan wasiat perlu diselaraskan di setiap negeri di negara ini untuk menjadi rujukan kepada agensi pengurusan harta serta institusi kewangan dan perbankan yang terlibat. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah sentiasa memantau perkhidmatan wasiat yang ditawarkan di institusi kewangan dan perbankan di Malaysia.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectWasiat
dc.subjectHarta pusaka
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePelaksanaan wasiat di Bank Islam Malaysia Berhad menurut fiqh Islam
dc.typetheses
dc.format.pages144
dc.identifier.barcode003703(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105055+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.92 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.