Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459358
Title: Pendekatan rawatan kerohanian dalam menangani tingkah laku remaja bermasalah di Baitul Islah, Bukit Beruntung
Authors: Zidni Nuran Noordin (P83984)
Supervisor: Zaizul Ab. Rahman, Dr.
Keywords: Gejala sosial
Sahsiah
Kerohanian
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 2-Jun-2018
Description: Gejala sosial dalam kalangan remaja kini semakin meruncing dan menggusarkan semua pihak. Hal ini kerana, kurangnya penghayatan keagamaan dan kerohanian dalam kalangan masyarakat. Fenomena ini jika tidak dibendung akan memberi impak negatif terhadap kesejahteraan masyarakat, institusi kekeluargaan dan sahsiah remaja. Objektif kajian ini dilakukan untuk mengkaji bentuk tingkah laku remaja bermasalah di Baitul Islah, Bukit Beruntung dan pendekatan rawatan kerohanian yang digunakan di sana bagi mengatasi masalah tersebut. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis kesan pendekatan rawatan kerohanian yang digunakan di Baitul Islah terhadap para pelatih. Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Kaedah utama yang digunakan ialah kaedah temu bual di samping beberapa kaedah lain seperti analisis dokumen dan soal selidik. Alat kajian yang digunakan ialah protokol temu bual dan borang soal selidik. Data-data daripada temu bual dianalisis menggunakan dua kaedah iaitu kaedah manual dan penggunaan perisian Nvivo 11. Kaedah manual meliputi proses membuat transkripsi, reduksi, koding dan paparan data. Manakala, data-data daripada soal selidik dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan SPSS 23.0. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat 22 jenis tingkah laku remaja bermasalah yang dilakukan oleh para pelatih di Baitul Islah. Fenomena negatif ini memerlukan solusi penyelesaiannya. Justeru, hasil kajian mendapati terdapat beberapa pendekatan rawatan kerohanian yang digunakan di Baitul Islah iaitu solat, membaca al-Quran, berpuasa, berzikir, muhasabah diri dan kelas agama. Kesannya ia dapat menimbulkan kesedaran dalam diri para pelatih untuk membendung anasir negatif yang menyebabkan mereka terlibat dengan tingkah laku bermasalah.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 225
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105050+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
9.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.