Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459357
Title: Aplikasi maqasid al-shari'ah al-juz'iyyah dalam produk takaful simpanan di Malaysia
Authors: Mohammad Talhah Alimin @ Ab Aziz (P73317)
Supervisor: Amir Fazlim Jusoh, Dr.
Keywords: Takaful
Kontrak
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 16-Jul-2018
Description: Keperluan mengaplikasi kontrak mengikut keutamaan yang digunakan oleh pengendali takaful dalam pemilihan modus operandinya telah diutarakan oleh beberapa sarjana dahulu sebagai satu isu yang perlu diselesaikan. Kesesuaian kontrak yang digunakan oleh pengendali takaful juga menjadi satu kritikan terhadap ketepatan sistem takaful apabila diukur dengan maqasid al-shari'ah. Justeru pemurnian sistem takaful melalui elemen-elemen maqasid al-shari'ah perlu dianalisa kembali agar masalah ini dapat diselesaikan. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti objektif produk takaful simpanan, menanalisis kontrak yang digunakan dalam produk takaful simpanan di Malaysia dan menilai kesesuaian kontrak produk takaful simpanan dengan maqasid al-shari'ah al-juz'iyyah. Rekabentuk kajian yang dipilih dalam kajian ini adalah analisis kandungan. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen seperti buku, artikel, jurnal, tesis, internet dan sijil takaful serta helaian keterangan produk takaful. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dan induktif dalam menganalisis data yang dikumpulkan. Hasil kajian mendapati, objektif takaful simpanan ialah saling memberi bantuan, saling berkorban, saling memberi jaminan, dan saling memberi perlindungan disamping ada elemen keuntungan kepada pihak pengendali takaful. Kajian juga mendapati bahawa terdapat pemakaian elemen-elemen maqasid al-shari'ah al-juz'iyyah dalam produk takaful simpanan dengan kontrak yang pelbagai seperti mudarabah, wakalah, wakaf dan hibah dan kajian juga mendapati kontrak paling sesuai bagi menjamin kemaslahatan dan kebajikan kedua-dua pihak pengendali takaful dan peserta ialah kontrak mudarabah.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 99
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105048+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.77 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.