Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459349
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Indriaty Ismail, Dr. | |
dc.contributor.author | Nurul Nasriah Abd Khoder (P62535) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:53:44Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:53:44Z | - |
dc.date.issued | 2017-07-31 | |
dc.identifier.other | ukmvital:102376 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459349 | - |
dc.description | Identiti agama dan bahasa saling berkait rapat dalam pembentukan sesebuah etnik. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang majmuk, memahami perkembangan sesebuah agama dan komuniti dapat memperkukuhkan kesalingan hubungan dan persefahaman di antara segenap lapisan masyarakat. Masyarakat Sikh merupakan etnik minoriti di Malaysia. Namun terdapat segelintir daripada mereka menghadapi cabaran dalam mengekalkan identiti kerana kurang memahami bahasa Punjabi. Kajian ini memfokuskan berkenaan pengekalan identiti agama Sikh melalui bahasa Punjabi. Kajian ini bertujuan, pertama, mengetahui identiti agama masyarakat Sikh. Kedua, mengenal pasti cabaran masyarakat Sikh menghadapi perubahan sosial mereka. Ketiga menilai peranan bahasa Punjabi terhadap pengekalan identiti agama Sikh. Lokasi kajian ini adalah di Khalsa Diwan Malaysia Ipoh Perak. Kajian ini merupakan kajian etnografi yang menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian. Seramai 10 orang responden yang terdiri daripada pengerusi, pengetua, guru, dan pelajar telah ditemu bual. Data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan responden dapat mengekalkan identiti agama Sikh melalui penguasaan bahasa Punjabi. Sumbangan kajian ini terhadap ilmu adalah memahami bahasa Punjabi penting sebagai rujukan masyarakat Malaysia amnya dan komuniti Sikh khususnya untuk meneliti dan memahami agama, sejarah, identiti, bahasa dan kebudayaan etnik minoriti Sikh. Kajian ini memberi implikasi penting bahawa bahasa memainkan peranan penting memartabatkan identiti agama setiap kaum. Kefahaman tentang pertumbuhan identiti agama masyarakat Sikh akan meningkatkan pengetahuan masyarakat Muslim secara khusus dalam menghargai sikap dan sumbangan mereka dalam konteks pembangunan negara secara menyeluruh.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Bahasa Punjabi | |
dc.subject | Sikhs in Malaysia -- Social life and customs | |
dc.title | Pengekalan identiti agama Sikh melalui bahasa Punjabi | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 97 | |
dc.identifier.callno | BL2018.7.K44N83 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003564(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_102376+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.72 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.