Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459348
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hasanah Abd. Khafidz, Dr. | |
dc.contributor.author | Hazwan Aroff Hamidi (P78705) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:53:41Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:53:41Z | - |
dc.date.issued | 2017-08-23 | |
dc.identifier.other | ukmvital:102375 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459348 | - |
dc.description | Al-Quran berupaya mewujudkan pelajar yang mempunyai jati diri yang kukuh dengan pendekatan kepimpinan yang berkesan oleh seseorang guru Al-Quran. Namun sejak kebelakangan ini, pendekatan kepimpinan guru yang lemah termasuklah guru Al-Quran seperti pendekatan paksaan boleh menyukarkan proses pengajaran Al-Quran yang sepatutnya dilaksanakan secara sukarela. Justeru, kajian tentang pendekatan kepimpinan seseorang guru Al-Quran perlu dilakukan. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada pendekatan kepimpinan guru Al-Quran dalam pengajaran tuisyen Al-Quran di rumah yang dikendalikan oleh pihak Akademi Infitah Home Tuition & Quranic Home Based, Bangi, Selangor. Objektif kajian ini ialah mengkaji pendekatan kepimpinan seseorang guru, mengkaji pendekatan kepimpinan guru Al-Quran Akademi Infitah dalam pengajaran secara tuisyen di rumah dan menganalisis pandangan pelajar terhadap pendekatan kepimpinan guru Al-Quran Akademi Infitah bagi membentuk seseorang guru Al-Quran yang baik. Bagi mencapai objektif tersebut, metod kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif dengan menggunakan teknik temubual separa berstruktur kepada para guru Al-Quran dan pelajar yang belajar Al-Quran. Data yang diperolehi dianalisis secara tematik dan deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan kepimpinan guru ialah pendekatan trait (sifat), pendekatan tingkah laku, pendekatan situasi dan pendekatan kuasa (pengaruh). Dapatan kajian juga menunjukkan guru Al-Quran menampilkan keempat-empat pendekatan kepimpinan iaitu pendekatan trait (sifat), pendekatan tingkah laku, pendekatan situasi dan pendekatan kuasa (pengaruh). Para pelajar juga menyatakan bahawa guru Al-Quran menampilkan keempat-empat pendekatan kepimpinan tersebut dengan baik. Hasil kajian memberikan implikasi kepada pihak Akademi Infitah dalam proses menyediakan guru Al-Quran yang memenuhi keempat-empat pendekatan kepimpinan kerana para guru Al-Quran berperanan penting dalam membentuk jati diri pelajar yang mempelajari Al-Quran.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Qur'an -- Readings -- Study and teaching | |
dc.title | Pendekatan kepimpinan guru al-Quran dalam pengajaran tuisyen al-Quran di rumah | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 199 | |
dc.identifier.callno | BP131.5.H349 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003563(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_102375+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.83 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.