Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459343
Title: Strategi pengajaran dan pembelajaran Jawi Braille bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) kurang upaya penglihatan di Sekolah Agama Puteri Elizabeth
Authors: Fatimah Nazihah Mohd Nazir (P77200)
Supervisor: Tengku Intan Zarina Tengku Puji, Dr.
Keywords: Braille -- Study and teaching -- Malaysia
Issue Date: 24-Feb-2017
Description: Tulisan Jawi merupakan tulisan warisan yang berkait rapat dengan ilmu agama khususnya al-Quran. Bagi Murid kurang upaya penglihatan ini, penguasaan al-Quran bermula dengan pembelajaran Jawi Braille. Namun, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan mereka dilihat kurang berjaya diaplikasikan oleh sebahagian guru, di samping murid tidak mempunyai asas di dalam mengenal huruf hijaiyah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri penulisan Jawi Braille, kaedah serta cabaran di dalam pengajaran dan pembelajarannya di Sekolah Agama Puteri Elizabeth. Kajian kes kualitatif ini menggunakan sampel kajian yang terdiri daripada 5 orang guru Jawi Braille dengan metod temubual separa struktur dan analisis kandungan bagi mendapatkan data. Data kajian dianalisis secara deskriptif setelah dibahagikan mengikut tema. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan dari sudut bentuk huruf dan sistem penulisan Jawi Braille dan Jawi biasa yang turut memberi kesan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan juga menunjukkan terdapat 6 jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran Jawi Braille iaitu imlak, mendengar dan bertutur, latih tubi, menghafaz, tunjuk cara, dan syarahan amat sesuai digunakan oleh guru-guru bagi murid kurang upaya penglihatan. Kajian juga menunjukkan terdapat beberapa cabaran di dalam pengajaran dan pembelajaran Jawi Braille seperti kekeliruan disebabkan masalah kecerdasan murid, kesuntukan masa, perbezaan sistem pengajaran dan pengkelasan, fasiliti sekolah dan pusat sumber. Kajian ini memberikan implikasi kepada Bahagian Pendidikan Khas kurang upaya penglihatan sebagai panduan dalam mengenalpasti keperluan serta penambahbaikan Jawi Braille. Selain turut memberikan implikasi kepada guru khususnya yang tidak mempunyai asas Jawi Braille serta implikasi terhadap masyarakat dalam menyokong kesedaran dan kepekaan mereka terhadap murid kurang upaya penglihatan bagi meningkatkan kualiti pendidikan Murid Berkeperluan Khas kurang upaya penglihatan ini.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 168
Call Number: HV1674.J2F347 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102368+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.