Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459338
Title: | Kefahaman dan pengamalan nilai integriti dalam kalangan staf negeri Kedah |
Authors: | Nor Akrimi Haji Mohd Ali (P81830) |
Supervisor: | Anuar Puteh |
Keywords: | Integriti Komitmen Kakitangan awam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 8-Aug-2018 |
Description: | Integriti sememangnya diperlukan bagi membentuk sebuah masyarakat maju yang bersifat profesional serta ditunjangi akhlak mulia. Kajian ini berlatar belakangkan daripada isu dan masalah kelemahan integriti yang sering dikaitkan dengan kakitangan awam di Malaysia. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji kefahaman staf Jabatan Imigresen Negeri Kedah terhadap istilah, matlamat dan pelaksanaan integriti serta mengkaji pengamalan nilai integriti melalui komitmen terhadap nilai peribadi dan komitmen terhadap pekerjaan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara komitmen staf Jabatan Imigresen terhadap pekerjaan berdasarkan tempoh pengalaman bekerja. Kajian ini merupakan penyelidikan berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah kajian tinjauan. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman staf Jabatan Imigresen Negeri Kedah terhadap konsep integriti berdasarkan tiga konstruk yang diuji adalah tinggi terutamanya kefahaman terhadap istilah dengan skor min (m=4.23, sp=.410). Manakala hasil kajian tahap pengamalan terhadap nilai integriti berdasarkan komitmen terhadap nilai peribadi dan komitmen terhadap pekerjaan berada pada tahap sederhana tinggi dengan masingmasing mencatat skor min (m=3.93, sp=.432) dan (m=3.85, sp=.361). Hasil ini menunjukkan staf Jabatan Imigresen Negeri Kedah mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap konsep integriti tetapi masih belum mengaplikasikan sepenuhnya nilai-nilai integriti dalam kehidupan terutamanya semasa bekerja. Dapatan kajian yang diperoleh melalui ujian post hoc melalui analisis turkey's menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara tempoh pengalaman kerja 11 – 15 tahun dan 16 – 20 tahun dengan tempoh pengalaman kerja > 20 tahun di mana tempoh pengalaman kerja > 20 tahun mempunyai komitmen yang lebih tinggi terhadap pekerjaan berbanding pengalaman kerja 11 -15 tahun dan 16 – 20 tahun. Berdasarkan hasil kajian di atas, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh segenap lapisan masyarakat, institusi pendidikan, institusi agama dan kerajaan agar nilai peribadi dan nilai dalam pekerjaan terus disuburkan kepada kakitangan awam di Malaysia agar mencapai status integriti.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 164 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_102160+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.49 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.