Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459337
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Farid Mat Zain, Dr. | - |
dc.contributor.author | Loqman Harith Zainol Mohamad Haidhir ( P78687) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:53:09Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:53:09Z | - |
dc.date.issued | 2018-07-23 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:102159 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459337 | - |
dc.description | Gerakan tarekat al-Sanusiyyah merupakan gerakan yang menyeru kepada pembaharuan dan pengislahan masyarakat di Afrika Utara. Dasar islah ini telah menjadi sumber kebangkitan masyarakat muslim di Afrika Utara dalam penyebaran agama Islam. Pengasas tarekat al-Sanusiyyah iaitu Imam al-Akbar telah berjaya membentuk ilmunya dan meresap fikrah islahnya ke dalam gerakan tarekat ini. Kajian ini bertujuan untuk menyingkap sejarah tertubuhnya tarekat ini dan beberapa analisis terhadap tokoh yang menjadi asas penggerak kepada tarekat tersebut. Di samping untuk mengetahui tentang pengaruh gerakan Tarekat al-Sanusiyyah terhadap dunia Islam, kajian juga dilakukan bagi melihat bagaimana bentuk gerakan tarekat al-Sanusiyyah di samping peranan mereka mengislah khususnya umat Islam di Afrika Utara. Bagi mencapai tujuan tersebut, pengkaji telah menggunakan metode kajian perpustakaan dengan mengumpulkan beberapa bahan bacaan merangkumi bahan primer mahupun sekunder sebagai proses awal untuk mendapatkan maklumat. Tahap kesahihan dan ketepatan maklumat telah dilakukan dengan menggunakan pendekatan kritikan luaran dan dalaman sebelum ianya ditulis. Analisis data kajian ini menunjukkan bahawa gerakan tarekat al-Sanusiyyah telah diasaskan oleh Sayyid Muhammad ibn cAli al-Sanusi (Imam al-Akbar) dan memiliki sistem organisasi pentarbiyahan yang sistematik dan kemas dalam memberi pentarbiyahan kepada masyarakat Islam khususnya di Libya dan beberapa negeri di Afrika Utara. Secara umumnya benua Afrika Utara dipilih kerana dilihat pada sudut pengaruhnya yang meliputi beberapa negara di Afrika Utara seperti Libya, Sudan, Algeria dan Mesir. Manakala negara Libya dipilih secara khusus sebagai lokasi kajian kerana faktornya sebagai tempat utama gerakan tarekat al-Sanusiyyah. Sebagai pengakhiran, pengkaji mengharapkan agar kajian ini dapat memurnikan beberapa tanggapan yang negatif terhadap gerakan tarekat al-Sanusiyyah dan kajian terhadap tarekat ini perlu diteruskan dengan sudut kajian yang berbeza.,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Tarekat | - |
dc.subject | al-Sanusiyyah | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Sejarah penubuhan dan pengaruh gerakan islah al-Sanusiyyah di Afrika Utara | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 108 | - |
dc.identifier.barcode | 003543(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_102159+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.46 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.