Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459336
Title: | Keengganan membayar zakat serta kesalahan amil menurut fiqh dan peraturan zakat negeri Kedah |
Authors: | Asiah A Razak (P77160) |
Supervisor: | Amir Fazlim Jusoh @ Yusoff, Dr. |
Keywords: | Zakat Amil Hukuman Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 18-May-2018 |
Description: | Peranan zakat sebagai mekanisme menangani masalah kemiskinan masih berada pada tahap sederhana. Hal ini kerana kewujudan kes keengganan membayar zakat yang tidak ditangani dengan lebih berkesan menerusi tindakan undang-undang telah mempengaruhi jumlah kutipan zakat. Begitu juga dengan kesalahan melibatkan amil zakat. Sikap amil dalam pengurusan zakat memainkan peranan penting mempengaruhi masyarakat untuk membayar zakat. Di negeri Kedah, ketiadaan hukuman terhadap keengganan membayar zakat dan kesalahan amil zakat menjadi faktor wujudnya segelintir umat Islam yang enggan mengeluarkan zakat. Selain itu, ia juga penyebab wujudnya salah laku amil dalam pengurusan zakat sehingga mengundang sikap tidak puas hati masyarakat. Garis panduan mengenai tindakan-tindakan amil zakat yang menyalahi syarak juga masih kurang dibincangkan dalam kajian lepas. Justeru, objektif utama kajian ini bertujuan mengkaji hukuman terhadap keengganan membayar zakat dan kesalahan amil zakat menurut fiqh dan Peraturan Zakat Kedah. Pengkaji turut mengupas mengenai tindakan amil yang menyalahi syarak dengan mengemukakan dalil serta kes-kes yang pernah berlaku di negeri Kedah. Kajian ini turut menganalisis kesesuaian hukuman yang terdapat dalam Peraturan Zakat Kedah dengan hukuman yang dibincangkan oleh para ulama' serta keperluan perlaksanaan hukuman. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan pendekatan analisis kandungan. Kaedah pengumpulan data dilakukan menerusi analisis dokumen dengan merujuk data-data yang diperolehi daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah. Hasil kajian mendapati kesalahan keengganan membayar zakat telah dibincangkan oleh para ulama' dengan penetapan hukuman berdasarkan keadaan pesalah. Kajian ini memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai tindakan-tindakan amil zakat yang menjadi kesalahan menurut syarak agar ia dijadikan garis panduan dalam organisasi zakat. Pengkaji mencadangkan beberapa hukuman yang wajar dilaksanakan oleh pihak berkuasa terhadap amil yang bersalah mengikut peringkat tindakan seperti teguran dan nasihat, amaran kali pertama, amaran terakhir, hukuman denda, perlucutan jawatan dan dibuang kerja. Kajian ini mendapati hukuman denda dan penjara bagi kedua-dua kesalahan tersebut sebagaimana terdapat dalam peruntukan Peraturan Zakat Kedah bertepatan dengan hukuman yang dibincangkan oleh para ulama'. Malah hukuman denda dan penjara pernah dilaksanakan pada zaman awal Islam. Oleh itu, perlaksanaan hukuman diperlukan demi mas}lah}ah agama Islam dalam usaha membantu as}naf menerusi harta zakat.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 108 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_102158+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.29 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.