Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459335
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFadlan Mohd Othman, Dr.
dc.contributor.authorRosma Shafira Mohamad (P78805)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:53:03Z-
dc.date.available2023-09-13T07:53:03Z-
dc.date.issued2018-05-21
dc.identifier.otherukmvital:102157
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459335-
dc.descriptionKajian ini membincangkan peranan guru al-Quran wanita di daerah Bachok, Kelantan. Kajian-kajian lepas banyak menonjolkan tentang sumbangan dan kecemerlangan kepimpinan wanita dalam negara dan politik. Jika adapun dalam bidang agama, peranan dan sumbangan wanita di Malaysia lebih menonjol berdasarkan kejayaan mereka dalam pertandingan tilawah al-Quran. Walaubagaimanapun, peranan dan sumbangan guru al-Quran wanita turut menyerlah apabila mereka telah sekian lama memperuntukkan masa dan kehidupan mereka dalam mengajar al-Quran secara informal di peringkat akar umbi. Objektif pertama kajian ini ialah mengkaji penglibatan guru al-Quran wanita dalam masyarakat menerusi pengajian agama. Objektif kedua mengenalpasti pendekatan guru al-Quran wanita dalam pengajaran al-Quran di dalam Masyarakat. Objektif ketiga menganalisis sumbangan dan cabaran guru al-Quran wanita dalam bidang pengajian al-Quran terhadap masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes. Data primer kajian ini diperolehi melalui temu bual dan diperkukuhkan lagi dengan data pemerhatian dan kajian kepustakaan. Data sekunder diperolehi daripada bahan bercetak seperti buku, jurnal, tesis, akhbar dan dokumen. Seramai tiga orang responden yang dipilih terdiri daripada guru-guru al-Quran wanita di daerah Bachok, Kelantan. Dapatan kajian menunjukkan peranan guru al-Quran wanita adalah meluas melalui kegiatan dan usaha dalam penyebaran ilmu agama dan ilmu al-Quran kepada masyarakat. Walaupun penglibatan mereka dalam pengajian al-Quran hanya dilakukan secara tidak formal di rumah dan balaisah, mereka tetap berusaha dan berperanan penting dalam mendidik masyarakat di pelbagai peringkat usia untuk melahirkan generasi muslim yang celik dan cakna al-Quran serta ilmu agama. Kajian ini mendapati mujahadah guru al-Quran wanita yang berterusan ini telah berjaya melahirkan ramai murid yang celik dan cakna terhadap ilmu al-Quran melalui pendekatan pengajaran al-Quran mengikut ilmu dan kemahiran yang dimiliki. Sumbangan mereka di lapangan masyarakat ini selayaknya diberikan penghargaan dan pengiktirafan di atas kegigihan dan perjuangan mereka dalam menyuburkan budaya pembacaan dan pengajian al-Quran di peringkat akar umbi. Peranan mereka ini seharusnya dicontohi oleh generasi muda yang mewarisi bidang agama ini serta dimartabatkan dan diberikan perhatian oleh pihak institusi agama tempatan.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectGuru al-Quran
dc.subjectWanita
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePeranan guru al-Quran wanita di daerah Bachok, Kelantan
dc.typetheses
dc.format.pages127
dc.identifier.barcode003541(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102157+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.