Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459334
Title: Amalan rawatan Reiki (Aura) menurut perspektif Islam
Authors: Ahlam Ibrahim (P77183)
Supervisor: Abdul Basir Mohamad, Prof. Dr.
Keywords: Rawatan Reiki
Fatwa
Hukum
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 22-Jan-2018
Description: Kajian ini menumpukan perbahasan amalan Rawatan Reiki. Rawatan Reiki merupakan rawatan yang telah wujud semenjak 1920an di Jepun. Di Malaysia ia diperkenalkan oleh Mir Hazil Azran Ramli. Namun semenjak penutupan rawatan Cakera Alam pada tahun 2008 kedudukan rawatan Reiki sering diperbahasakan oleh masyarakat Islam dari sudut amalannya. Tambahan pula, fatwa berkenaan kedudukan amalan rawatan ini masih belum jelas, maka menimbulkan tanda tanya kepada para pengguna rawatan ini. Justeru, kajian ini mempunyai tiga objektif, iaitu untuk menjelaskan konsep rawatan Reiki, mengenal pasti asas penentuan hukum rawatan Reiki, serta menganalisis keseluruhan amalan tersebut dari perspektif syarak. Kajian ini merupakan kajian kualitatif, di mana dapatan kajian diperoleh menerusi analisis kandungan sekunder dan primer, iaitu menerusi pembacaan buku-buku, jurnal, tesis, surat khabar dan lain-lain. Hasil kajian mendapati rawatan Reiki mempunyai amalan seperti bermeditasi, mengguna simbol Hindu Buddha dan penggunaan rawatan jarak jauh. Hasil penganalisisan mendapati beberapa amalan rawatan ini bertentangan dengan syarak dan aqidah iaitu amalan meditasi, mengguna simbol Hindu Buddha, rawatan jarak jauh, bacaan mentera yang bukan bersandarkan Quran dan sunnah . Implikasi daripada kajian ini penyelidik mencadangkan agar pihak berwajib perlu membuat satu fatwa khusus bagi mengelak rawatan ini terus tersebar dan membarah dalam masyarakat.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 137
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102156+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.89 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.