Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459332
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorErmy Azziaty Rozali, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNorlizah Samat @ Nasir (P75133)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:52:54Z-
dc.date.available2023-09-13T07:52:54Z-
dc.date.issued2017-08-15
dc.identifier.otherukmvital:101539
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459332-
dc.descriptionInstitusi pengajian tinggi Islam di Malaysia adalah kesinambungan daripada sistem pendidikan agama yang wujud di negara ini. Penubuhan Kolej Pengajian Islam Johor atau dikenali dengan MARSAH tidak terkecuali untuk menampung keperluan pendidikan tinggi Islam. Kajian ini adalah bertitik tolak daripada kajian yang dilakukan oleh Mohd Kalam Mazad (2010) yang menjurus kepada pengajian bidang syariah terdapat di MARSAH. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji dan meneliti sejarah penubuhan dan pembangunan MARSAH dengan lebih menyeluruh seterusnya menonjolkan kedudukannya sebagai sebuah institusi pengajian Islam yang sistematik dan diiktiraf di negeri Johor. Objektif kajian adalah untuk meneliti sejarah penubuhan MARSAH di negeri Johor. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mengkaji perkembangan yang berlaku di MARSAH dari tahun 1997 hingga 2015 dan menganalisis pembangunan dan pencapaian yang terdapat di MARSAH. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif dengan mengaplikasikan analisis dokumen dan analisis kandungan untuk mendapatkan maklumat mengenai MARSAH. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual untuk menzahirkan dapatan yang tepat dan tulen. Hasil kajian ini mendapati bahawa MARSAH telah melalui pelbagai perkembangan dan pembangunan selama lapan belas tahun. MARSAH juga mempunyai sembilan bentuk pelan strategik yang dilaksanakan pada tahun 2013 untuk mengangkat martabat sebagai sebuah institut pengajian tinggi Islam yang setanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain. Kajian ini memberi implikasi kepada (KPM) di Bahagian Pendidikan Islam bagi mempromosikan kepada masyarakat yang berminat untuk menghantar anak-anak mengikuti bidang pengajian Islam ke peringkat yang lebih tinggi. Ini juga untuk menonjolkan bahawa di negeri Johor terdapat sebuah institusi pengajian tinggi Islam swasta yang bertaraf antarabangsa.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectMalaysia. Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
dc.titlePenubuhan dan pembangunan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
dc.typetheses
dc.format.pages219
dc.identifier.callnoLG173.J65N63 2017 tesis
dc.identifier.barcode003515(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101539+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.