Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459330
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSabri Mohamad, Dr.-
dc.contributor.authorMohd Nurudin Puteh (P60416)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:52:49Z-
dc.date.available2023-09-13T07:52:49Z-
dc.date.issued2017-08-10-
dc.identifier.otherukmvital:101537-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459330-
dc.descriptionIlmu al-Taḥrīrā merupakan salah satu ilmu yang sangat berkait rapat dengan al-Quran al-Karim secara umumnya dan Ilmual-Qirā’āt al-Mutawātirah secara lebih khusus. Melalui ilmu ini, keabsahan periwayatan al-Quran al-Karim atau lebih khusus lagi keabsahan periwayatan al-Qirā’āt al-Mutawātirahh dapat dinilai untuk dipastikan. Berdasarkan kepada realiti tersebut, ulama al-Qirā’āt yang terdahulu dan terkini, memberi penekanan yang serius dan secara berterusan terhadap kepentingannya dalam ilmu al-Qirā’āt al-Mutawātirah. Ilmu al-Taḥrīrāt ini bukan sahaja diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahkan juga dalam bentuk penulisan ilmiyyah yang dihasilkan untuk dijadikan sebagai bahan kajian dan rujukan. Tanpa menguasai ilmu ini dalam mempraktikkan pembacaan al-Qirā’āt al-Mutawātirah yang di dalamnya terkandung turuq periwayatan yang pelbagai akan mengakibatkan berlakunya pertindihan riwayat yang membawa kepada kecacatan periwayatan al-Qirā’āt al-Mutawātirah itu sendiri sekaligus menyebabkan bacaan al-Qirā’āt al-Mutawātirah tersebut diragui kesahihannya dan ditolak kerana dikatogerikan sebagai al-Qirā’āt al-Shādhdhahh sebagaimana disepakati oleh ulama al-Qirā’āt. Justeru itu, kajian ini bertujuan merungkai segala permasalahan tersebut dengan mengkaji peranan ilmu al-Taḥrīrāt terhadap ilmu al-Qirā’āt al-Mutawātirah dengan lebih mendalam di dalam Usul al-Qirā’āt al-Mutawātirah dan Farsh al-Huruf al-Qirā’āt al-Mutawātirah. Kajian ini dibuat berdasarkan tariq al-Shātibiyyah dan tariq al-Durrah yang dihimpunkan periwayatannya oleh Imam al-Shatibī dan Imam Ibn al-Jazarī. Gabungan kedua-dua tariq ini dikenali di sisi ulama al-Qirā’āt al-Mutawātirah sebagai al-Qirā’āt al-cAshr al-Sughrā. Analisa peranan ilmu al-Taḥrīrāt dalam keseluruhan al-Quran al-Karim dibuat secara tersusun mengikut tertib susunan surah dalam al-Quran al-Karim, iaitu bermula dengan surah al-Fatihah sehingga surah al-Nas. Metode kajian yang digunakan ialah metode pengumpulan data dan metode analisis data melalui kaedah penyelidikan perpustakaan. Justeru segala data dan fakta yang berkait dengan kajian ini telah dikumpul dari pelbagai sumber yang berautoriti untuk dianalisa. Semua analisa ini disusun dengan sempurna seterusnya ditulis dalam bentuk yang dikehendaki. Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya terdapat seratus tiga puluh tujuh tempat mengandungi al-Taḥrīrātt daripada lima puluh surah al-Quran. Kajian ini sangat membantu pembaca al-Quran memahami peranan ilmu al-Taḥrīrāt untuk dijadikan panduan asas dalam menghindarkan pembaca membaca al-Quran dan al-Qirā’āt al-Mutawātirah dengan bercampur aduk periwayatannya secara sengaja atau tidak sengaja.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectal-Taḥrīrāt-
dc.subjectal-Qirā’āt-
dc.subjectQur'an -- Readings-
dc.titlePeranan ilmu al-Tahrīrāt terhadap ilmu al-Qirā’āt dalam al-Quran al-Karim-
dc.typetheses-
dc.format.pages377-
dc.identifier.callnoBP131.5.M826 2017 tesis-
dc.identifier.barcode003513(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101537+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.