Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459329
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Munawar Ismail, Dr.
dc.contributor.authorRohana Ibrahim (P53073)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:52:46Z-
dc.date.available2023-09-13T07:52:46Z-
dc.date.issued2016-11-07
dc.identifier.otherukmvital:101536
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459329-
dc.descriptionKajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan strategi pembelajaran pengaturan kendiri dalam Pendidikan akidah Islam dalam kalangan penuntut-penuntut Melayu di Universti Malaysia Kelantan. Dalam Pendidikan akidah Islam, penggunaan strategi pembelajaran pengaturan kendiri amat penting untuk pembentukan akidah dan sahsiah serta akademik para penuntut. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penghayatan akidah Islam dalam kalangan penuntut serta menganalisis hubungan di antara strategi pembelajaran pengaturan kendiri dengan tahap penghayatan akidah Islam. Kajian yang dijalankan ini menggunakan metode kuantitatif dan reka bentuk kajian tinjauan (survey). Seramai 194 penuntut semester satu dan dua terdiri dari pelbagai fakulti di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dipilih sebagai responden. Satu set instrumen soal selidik yang telah melalui proses pengesahan telah diedarkan. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperolehi untuk kajian rintis mendapati item-item dalam instrumen ini berada pada tahap tinggi, iaitu melebihi 0.8. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan piawai, peratus, Ujian-1 dan Anova Sehala. Hasil analisis dapatan kajian menunjukkan penggunaan strategi pembelajaran pengaturan kendiri pendidikan akidah Islam dan penghayatan akidah berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan juga menunjukkan persepsi responden yang berbeza-beza tentang pengaruh faktor-faktor pembelajaran sosial terhadap penghayatan akidah. Analisis data mendapati perbezaan yang signifikan dalam penggunaan strategi pembelajaran pengaturan kendiri pendidikan akidah Islam dan penghayatan akidah berdasarkan beberapa faktor demografi, pencapaian dan kemahiran dalam Pendidikan akidah Islam. Kajian ini juga mendapati wujud hubungan yang signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran pengaturan kendiri pendidikan akidah Islam dan pengaruh faktor pembelajaran sosial dengan tahap penghayatan akidah dalam kalangan responden. Implikasi kajian jelas menunjukkan bahawa penggunaan strategi pembelajaran pengaturan kendiri akan menjadikan penuntut lebih fokus dan lebih konsisten terhadap pembelajaran kerana ia mempunyai sistem penjadualan yang kemas dan tersusun. Selain itu, ia juga turut sama membantu dalam pembentukan akidah dan akhlak para penuntut agar menjadi insan yang sempurna, berdisiplin, berakhlak mulia dan disegani oleh setiap lapisan masyarakat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectAkidah
dc.subjectIslam -- Doctrines -- Study and teaching (Graduate)
dc.titleStrategi pembelajaran pengaturan kendiri Pendidikan Akidah Islam penuntut-penuntut Melayu di Universiti Malaysia Kelantan
dc.typetheses
dc.format.pages259
dc.identifier.callnoBP165.5.R638 2016 tesis
dc.identifier.barcode003512(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101536+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.