Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459324
Title: Metode tafsīr al-Imām al-Qastalāni dalam Irshād al-Sārī li Sharh Sahīh al-Bukhārī
Authors: Dheyaa Sallal Hatem (P80417)
Supervisor: Fadlan Mohd Othman, Dr.
Keywords: Tafsir
Qur'an -- Hermeneutics
Issue Date: 4-Nov-2017
Description: Antara ulama Islam muktabar yang mahir dalam pelbagai bidang ilmu terutama dalam menghuraikan hadis ialah al-Imam Ahmad ibn Muhammad al-Qasṭalānī sebagaimana jelas terbukti melalui kitabnya Irshād al-Sārī li Sharḥ Saḥīḥ al-Bukhārī. Huraiannya mengandungi pentafsiran terhadap ayat-ayat al-Quran dan ketika melakukan tarjih atau pemilihan pandangan dalam tafsir tersebut, beliau bersandar kepada maksud yang menjadi kebiasaan dalam percakapan orang Arab, sebagaimana beliau turut bergantung kepada syair-syair mereka serta merujuk kepada semua aliran pandangan dari sudut tatabahasa dan linguistik. Beliau juga memberikan kedudukan yang tinggi kepada ijmak (kesepakatan umat) dalam memilih dasar pandangan yang disetujuinya. Namun metode pentafsirannya tidak menjadi suatu yang dimaklumi sebagaimana metode para Mufassirīn yang lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan metode al-Imam al-Qastalani melalui kitab beliau Irshād al-Sārī li Sharḥ Saḥīḥ al-Bukhārī ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran yang beliau nyatakan di dalamnya. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis metode tafsirnya sama ada berbentuk al-tafsῑr bi al-ma’thur atau al-tafsῑr bi al-ra’y serta sudut-sudut kesamaan serta perbezaan dengan metode para Mufassirīn dan Muḥaddithῑn lain. Kajian ini menggunakan metode induktif dan metode analisis dengan melakukan kajian mendalam terhadap ayat-ayat yang disentuh oleh al-Qasṭalānī dalam karyanya itu. Maklumat-maklumat yang dihimpunkan dikaji dengan teliti bagi membongkar metode tafsir beliau menggunakan metode analisis. Kajian ini mendapati bahawa metode tafsir beliau adalah tafsῑr bi al-ma’thur dan juga tafsῑr bi al-ra’y; terdapat sudut-sudut persamaan dan perbezaan antara metode beliau dengan metode tafsir para Mufassirīn dan Muḥaddithῑn lain; tafsir beliau mempunyai ciri mudah dan ringkas yang mempunyai kesan terhadap pengukuhan sudut keilmuan para pelajar di institusi-institusi pendidikan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 103
Call Number: BP130.2.H347 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101532+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.