Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459321
Title: | Al-Syaikh Nur Muhammad al-Azami dan metodologinya dalam pengarangan Tarikh Funun al-Tafsir |
Authors: | Md Mozammel Hoque (P73454) |
Supervisor: | Mohd. Nazri Ahmad, Dr. |
Keywords: | Qur'an -- Criticism, interpretation, etc. -- History |
Issue Date: | 13-Jul-2015 |
Description: | Para sarjana telah memberikan sumbangan dalam ilmu sejarah tafsir dengan hasil karya mereka. Antara sarjana tersebut ialah 'al-Shaykh Muhammad Nur al-Azami – Moga Allah merahmatinya - yang mengarang bukunya “Tarikh Funun al-Tafsir”. Sebuah buku yang sarat dengan pelbagai maklumat antaranya; sejarah berkaitan karya-karya Tafsir dan para pentafsir sejak kurun pertama hingga kurun ke-01،nama para penterjemah al-Qur'an al-Karim dalam pelbagai bahasa seperti Farsi، Eropah،Bengali Peranchis،Jerman dan lainnya di samping biografi ringkas mengenai penterjemah dan keadaan terjemahan. Pengkaji belum pernah bertemu dengan sesiapa yang melakukan kajian terhadap karya ini dari aspek metode pengarangannya. Objektif kajian ini ialah penjelasan berkenaan metode karya yang unggul ini. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan dua jenis metode; metode deduktif dengan menelusuri helaian buku Tarikh Funun al-Tafsir untuk mengenalpasti metode pengarang dalam penulisannya dan metode deskriptif untuk mengkaji karya dan metode pengarangnya. Antara dapatan utama kajian ini ialah: pengarang buku ini berperanan penting dalam menyumbang khidmat terhadap ilmu-ilmu syarak di Bangladesh، manakala karyanya Tarikh Funun al-Tafsir pula mendapat sambutan hangat para sarjana dan pentafsir di Bangladesh kerana ia adalah buku utama yang dikarang dalam bidang sejarah ilmu Tafsir. Buku ini teristimewa kerana ia sarat dengan maklumat mengenai buku “al-Tafsir wa al-Mufassirun” karya al-Dhahabi. Pengarang membahagikan karyanya kepada dua bahagian: pertama، bahagian karya-karya Tafsir، dan bahagian kedua berkaitan bahasa-bahasa dalam terjemahan al-Qur'an al-Karim. Beliau menggunakan tiga metode; metode induktif dengan menelusuri buku bibliografi dan rujukan berkaitan Ilmu Tafsir yang ada،menghimpunkan nama-nama buku Tafsir sepanjang kurun secara menyeluruh،metode deskriptif dengan menjelaskan data mengenai karya-karya Tafsir yang diperlukan،dan metode pensejarahan yang beliau lebih titikberatkan dengan menghimpun nama-nama buku Tafsir yang diklasifikasikan mengikut kurun kewafatan pengarang.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 134 |
Call Number: | BP130.45.A93H647 2016 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_101529+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.53 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.