Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459319
Title: Analisis propaganda Syiah menerusi Facebook di Malaysia
Authors: Mohd Azmir Maideen (P73402)
Supervisor: Muhamad Faisal Asha'ari, Dr.
Keywords: Syiah
Shi'ah -- Missions -- Malaysia
Issue Date: 31-Aug-2017
Description: Facebook telah menjadi sebahagian mekanisme baharu bagi Syiah menyampaikan mesej berunsur propaganda untuk menarik perhatian dan sokongan publik di alam maya. Mereka menggunakan mekanisme ini untuk tujuan tersebut kerana medium ini digunakan secara meluas oleh masyarakat pada hari ini. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji agenda, jenis dan teknik propaganda yang digunakan berdasarkan kepada garis panduan Institute Propaganda Analysis (IPA). Analisis juga turut menilai sumber, kandungan, sasaran, saluran dan kesan propaganda secara deskriptif dengan menggunakan SCAME. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah analisis kandungan terhadap lima partisipan kajian yang didapati terlibat menyebarkan propaganda Syiah secara konsisten di Facebook. Sampel kajian ini diambil menggunakan prosedur persampelan bertujuan bermula dari bulan Januari sehingga Disember 2015. Hasil kajian menunjukkan fokus berkaitan politik mendominasi topiktopik perbincangan sebanyak 51.25%, diikuti pemikiran 21.69%, sejarah 18.95% dan aktiviti 8.1%. Tahap mesej yang disiarkan pula adalah jenis propaganda putih kerana 59% sumber informasinya dapat diidentifikasi secara terbuka. Teknik testimoni pula adalah pendekatan yang paling kerap digunakan iaitu sebanyak 22.74% untuk menunjukkan bahawa mesej-mesej yang disampaikan Syiah merujuk kepada petikan kata individu-individu berpengaruh di kalangan masyarakat Islam. Berdasarkan penilaian SCAME, analisis ini merumuskan bahawa taktik penyebaran Syiah yang berlaku di Facebook ditekankan kepada motif untuk menjelaskan ideologi Syiah serta menepis stigma-stigma negatif kumpulan anti Syiah. Secara umumnya kajian ini mendapati propaganda Syiah di media sosial perlu ditangani sewajarnya dengan cara mengukuhkan asas kefahaman terhadap ajaran Ahli Sunnah wa al-Jamacah. Hasil kajian ini dapat dijadikan panduan dalam berhadapan dengan propaganda Syiah yang tersebar menerusi Facebook.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 124
Call Number: BP193.5.M844 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101527+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.