Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459314
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Tengku Intan Zarina Tengku Puji, Dr. | |
dc.contributor.author | Noormawaty Jauhari (P72795) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:52:05Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:52:05Z | - |
dc.date.issued | 2016-11-24 | |
dc.identifier.other | ukmvital:101522 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459314 | - |
dc.description | Amthal al-Qur'an merupakan satu gaya bahasa al-Qur'an bertujuan membandingkan sesuatu dengan sesuatu secara isticarah, tashbih dan kinayah. Amthal al-Qur'an juga perumpamaan yang memainkan peranan penting dan utama ke arah mendekatkan kepada pemikiran manusia. Sehubungan dengan itu, penawaran kursus PN3213 dalam kursus al-Amthal al-Qur'an dan al-Sunnah bertujuan merealisasikan tuntutan intelek pelajar supaya pelajar berkemampuan memahami konsep amthal dalam al-Qur'an dan al-Sunnah, mengklasifikasikan jenis-jenis amthal, tujuan penggunaan amthal serta berkemampuan mengambil iktibar, menghayati dan mengaplikasi amthal sebagai uslub dakwah. Setiap kursus yang ditawarkan mestilah mencapai objektif tiga domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Memandangkan objektif amthal selari dengan domain kognitif, maka timbul persoalan sejauh manakah penawaran kursus ini mencapai objektif domain kognitif. Justeru kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap kursus PN3213 al-Amthal al-Qur'an dan al-Sunnah mengikut domain kognitif. Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan ujian inventori terhadap 55 orang pelajar yang mengambil kursus PN3213 al-Amthal al-Qur'an dan al-Sunnah. Ujian ini mengandungi lima aras domain kognitif berdasarkan teori Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan, aras kefahaman, aras aplikasi, aras analisis dan aras penilaian. Data-data dianalisa secara deskriptif menggunakan perisian SPSS for Windows Version 22.0. Hasil dapatan menunjukkan peratusan tertinggi bilangan responden yang mampu menjawab pada aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi dan analisis melebihi 90 peratus. Manakala bilangan peratusan tertinggi pada aras penilaian ialah 83.6 peratus. Ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman segelintir responden terhadap kursus ini masih belum mencapai objektif kesemua aras domain kognitif. Implikasi kajian ini menjustifikasikan keperluan penawaran kursus di bidang Pengajian Islam yang menggalakkan budaya berfikir bagi menjana keintelektualan pelajar dalam domain kognitif.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Qur'an -- Language | |
dc.subject | style -- Rhetoric | |
dc.title | Tahap kefahaman pelajar terhadap kursus Amthal al-Qur'an dalam domain kognitif | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 122 | |
dc.identifier.callno | PJ6696.Z5R4566 2016 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003498(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_101522+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.84 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.