Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459313
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd. Nazri Ahmad, Dr. | |
dc.contributor.author | Ahmed Nabeel Abed (P77243) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:52:02Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:52:02Z | - |
dc.date.issued | 2017-04-04 | |
dc.identifier.other | ukmvital:101521 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459313 | - |
dc.description | Akal adalah antara nikmat Allah yang besar, bahkan ia adalah nikmat terbesar selepas nikmat iman. Akal adalah lubuk keperibadian manusia, tanpanya manusia boleh menjadi tidak kenal diri sendiri dan gagal mengurus dirinya, apatah lagi untuk berkhidmat kepada orang lain. Justeru, al-Qur'an al-Karim amat mementingkan akal dan menyediakan satu metode khusus dalam berinteraksi dengan akal. Di sinilah terletaknya permasalahan kajian di mana pengkaji cuba untuk menganalisis metode al-Qur'an dalam berinteraksi dengan akal di samping mengkaji halangan yang mampu mengaburi akal daripada berfikir secara sihat dan halangan yang berkemungkinan membantutkan terus fungsi akal. Objektif kajian ini ialah untuk menganalisis uslub al-Qur'an pada konteks ayat-ayat yang menyebut lafaz al-caql dan kata pecahan daripadanya, menyingkap uslub al-Qur'an dalam pembinaan akal, menjelaskan sistem yang menyusun dan menyimpan maklumat dalam kotak ingatan dan bagaimana al-Qur'an menjaga sistem tersebut, seterusnya menyingkap halangan yang dihadapi oleh akal. Pengkaji menggunakan metode tematik melalui pengumpulan ayat-ayat al-Qur'an yang berkaitan al-caql atau aspek yang berkaitan dengannya, mengkaji tafsirannya, membahagikan tajuk kepada unsur asas yang berkesinambungan dengan tajuk kajian dan susunan idea yang lojik. Kajian ini dibahagikan kepada beberapa bab merangkumi pendahuluan, isi utama dan penutup yang menyebut tentang dapatan kajian. Antara dapatan kajian utama ialah, lafaz al-caql dan kata pecahan daripadanya datang dalam enam bentuk konteks yang pelbagai, diwacanakan untuk golongan beriman, ahli Kitab, golongan kuffar, munafiq, golongan musyrik, dalam menjelaskan kelebihan Akhirat berbanding dunia, dan perintah untuk berfikir dan meneliti ayat ayat Allah. Kajian juga mendapati bahawa al-Qur'an al-Karim mempunyai beberapa uslub dalam pembinaan akal, antaranya; membekalkan akal dengan ilmu dan pengetahuan yang diperlukannya melalui wahyu dan mengemukakan beberapa persoalan dan perbincangan terhadap akal. Di sana juga terdapat benteng yang menghalang akal, antaranya; lalai, sombong dan degil. Kajian ini memberi impak yang penting terhadap bidang pendidikan dan pengajaran kerana ia mengemukakan pelbagai uslub untuk berinteraksi di samping membina maklumat dalam akal.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | ara | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Mind -- Religious aspects -- Islam -- Qur'anic teaching | |
dc.title | Kajian tematik manhaj al-Qur'an dalam pembinaan akal manusia berdasarkan ayat-ayat yang ditujukan kepada akal | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 122 | |
dc.identifier.callno | BP134.R33A236 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003497(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_101521+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.