Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459312
Title: Pengajaran guru bahasa Arab di sekolah KAFA Integrasi: satu kajian kes gaya pengajaran Grasha di daerah Hulu Langat, Selangor
Authors: Siti Maria Ibrahim (P68781)
Supervisor: Zamri Arifin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Bahasa Arab
Arabic teachers -- Study and teaching (Primary) -- Selangor -- Hulu Langat
Issue Date: 2-Feb-2017
Description: Pelbagai pendekatan dilaksanakan bagi meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran bahasa Arab namun pencapaiannya masih ditahap sederhana. Permasalahan ini berkemungkinan ada kaitan dengan gaya pengajaran guru di dalam kelas. Terdapat kajian dijalankan di sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan hubungan gaya pengajaran guru model Grasha dengan pencapaian pelajar dan mendapati gaya pengajaran guru memberi impak kepada pencapaian pelajar. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengamalan gaya pengajaran model Grasha dalam kalangan guru bahasa Arab di sekolah KAFA Integrasi di daerah Hulu Langat, Selangor. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik berskala Likert yang diambil daripada model gaya pengajaran Grasha. Responden kajian ini seramai 260 orang guru bahasa Arab dari 60 buah sekolah bandar dan luar bandar. Data yang dikumpulkan telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan dan min yang digunakan bagi menghuraikan sampel serta statistik inferensi ujian-t bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan kehadiran 5 gaya pengajaran Grasha dalam kalangan guru bahasa Arab dengan skor min yang tinggi antara (3.68-5.00). Gaya pengajaran yang dominan ialah gaya pakar, diikuti gaya delegator, gaya fasilitator, gaya model personal. Manakala gaya yang kurang diamalkan ialah gaya autoriti formal. Keputusan analisis varians Ujian-t signifikan gaya pakar berdasarkan lokasi sekolah dari segi guru memberi bimbingan kepada murid nilai t = 5.722 dan tahap signifikan .017. Manakala berdasarkan jantina dari segi penguasaan fakta, konsep dan prinsip dalam bahasa ialah t = 4.107 dan tahap signifikan .044, jantina dari segi guru memberi bimbingan kepada murid nilai t = 5.188 dan tahap signifikan .024 dan jantina dari segi kebijaksanaan guru menyelesaikan masalah ialah t = 5.719 dan tahap signifikan 018. Implikasi kajian menunjukkan gaya pengajaran Grasha wajar diaplikasikan dalam dunia pendidikan khususnya Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memantapkan lagi pengajaran guru bahasa Arab. Kajian ini mencadangkan agar guru bahasa Arab di sekolah KAFA Integrasi perlu menguasai sepenuhnya gaya pengajaran Grasha sebagai usaha untuk meningkatkan pencapaian murid.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 257
Call Number: LB1775.8.S58 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101520+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.