Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459306
Title: Ciri-ciri profesionalisme dalam kerja menurut al-Qur'an dan al-Sunnah
Authors: Hisham Ahmad (GP01938)
Supervisor: Wan Nasyrudin Wan Abdullah
Keywords: Work -- Religious aspect -- Islam -- Qur'anic teaching
Issue Date: 12-Apr-2017
Description: Profesionalisme dalam kerja ialah topik penting yang sering dibicarakan dalam pelbagai bentuk program ilmiah secara globalisasi di peringkat nasional atau antarabangsa termasuk di negara-negara orang Islam seperti Malaysia. Malangnya, berlaku masalah pengabaian dan kelemahan profesionalisme dalam kerja yang serius di negara ini dan walaupun terdapat banyak usaha dilakukan untuk menyelesaikan masalah itu namun ia masih banyak berlaku dalam pelbagai bidang kerja, daripada perkara yang remeh dan kecil kepada yang besar dan serius sepertimana didedahkan dalam kajian ini. Kajian ini berobjektif untuk mengenalpasti dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi profesionalisme dalam kerja, mengkaji punca-punca yang menyebabkan masalah profesionalisme itu dan mengaplikasi al-Qur'an dan al-Sunnah secara hikmah bagi tujuan menangani dan mengatasi masalah pengabaian dan kelemahan profesionalisme dalam kerja. Kajian ini bersifat penyelidikan kualitatif di mana data dikumpul dan dianalisa secara diskriptif. Keseluruhan analisa adalah bersumberkan sepenuhnya kepada kajian literatur dengan menggunakan metod kepustakaan, dokumentasi dan kajian analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa masalah profesionalisme dalam kerja dapat diselesaikan apabila kedua faktor mempengaruhi profesionalisme dalam kerja iaitu faktor duniawi/fizikal (faktor-faktor berkaitan diri pekerja dan kerja) dan faktor spiritual/ukhrawi ditangani secara efektif. Bagi orang Islam dan di sisi Allah SWT., faktor spritual ialah faktor utama dan lebih penting dan ia hanya boleh dicapai dengan mengaplikasikan sumber al-Quran dan al-Sunnah secara tepat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 201
Call Number: BP134.L34H537 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101182+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
300.41 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.