Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459304
Title: Kepentingan memahami orang lain untuk mencapai keharmonian hidup menurut pandangan al-Quran dan al-Sunnah
Authors: Fatima A Ibrahim (P74218)
Supervisor: Fadlan Mohd Othman, Dr.
Keywords: al-Quran
al-Sunnah
Empathy
Issue Date: 3-Jan-2017
Description: Memahami orang lain merupakan perkara penting untuk mencapai maksud keharmonian sebenar dalam kehidupan terutamanya dalam era kini di mana terdapat banyak konflik di antara dua negara, masyarakat serta individu. Perkara ini mempengaruhi metode kefahaman sebenar terhadap konsep memahami orang lain. Oleh itu, kajian ini memberi penumpuan pada definisi-definisi hidup berharmoni dan meneroka pandangan yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah. Kajian ini juga menerangkan kepentingan memahami orang lain melalui ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasūl Allah s.a.w. yang memberi fokus terhadap kedua-duanya. Begitu juga menerangkan sebahagian kefahaman yang salah yang wajib dielakkan dan kefahaman sebenar yang wajib diikuti dalam memahami orang lain. Kajian ini menggunakan metode deskriptif untuk mencapai maklumat-maklumat lengkap dan tepat yang menggambarkan kepentingan sebenar hidup berharmoni. Kajian ini juga menggunakan metode induktif terhadap ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasūl Allah s.a.w. yang merujuk kepada memahami orang lain dan untuk mencapai tujuan tersebut buku-buku tafsir dan hadis dirujuk. Kajian ini mencapai beberapa keputusan di antaranya Islam merupakan agama yang terawal menyeru hidup berharmoni serta meletakkan asas dan disiplin dalam memahaminya dan menjelaskan apa yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis. Terdapat juga sebahagian kefahaman penting yang wajib diambil atau ditinggalkan untuk melengkapkan pemahaman. Hidup berharmoni merupakan persoalan besar dalam menamatkan pertelingkahan di antara penduduk dan negara. Implikasi kajian ini memberi pencerahan pada isu penting dan isu tersebut ialah (kepentingan memahami orang lain), apabila sempurna pemahamannya maka mampu untuk hidup berharmoni.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 155
Call Number: BF575.E55I25 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101181+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.