Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459302
Title: Proses gatekeeping dalam kalangan audien tentang mesej Islam dalam filem di Malaysia
Authors: Nur Hasniza Mokhtar (P78689)
Supervisor: Rosmawati Mohamad Rasit, Dr.
Keywords: Filem
Mesej
Motion pictures -- Religious aspects -- Islam
Issue Date: 23-Aug-2017
Description: Filem merupakan medium menyalurkan maklumat, mendidik minda, menyampaikan risalah agama, memupuk nilai-nilai murni, mengembangkan ideologi, mengkritik sesuatu isu dan sebagainya. Namun, kegagalan audien dalam menilai mesej Islam dalam sesebuah filem menyebabkan terdapat persepsi negatif terhadap filem tempatan apabila dianggap membawa kesan yang tidak baik kepada masyarakat. Kajian ini bertujuan mengkaji proses gatekeeping dalam kalangan audien tentang mesej Islam dalam filem di Malaysia. Selain itu, mengkaji hubungan di antara mesej Islam dalam filem di Malaysia dengan proses gatekeeping dalam kalangan audien. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi kajian ini. Seramai 160 orang telah terlibat sebagai responden kajian yang diperolehi menggunakan pensampelan rawak mudah dari kalangan pelajar Muslim di Program Skrin, Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara. Data dianalisis dengan teknik statistik deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS version 23. Hasil kajian menunjukkan proses gatekeeping dalam kalangan audien tentang mesej Islam dalam filem di Malaysia adalah tahap sederhana dan tinggi antara (min=2.50) hingga (min=3.40). Manakala, hasil ujian Korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara mesej Islam dalam filem di Malaysia dengan proses gatekeeping dalam kalangan audien pada tahap lemah (r=0.394, ρ=0.00). Kajian ini menekankan tentang aspek keimanan yang perlu ditingkatkan dari masa ke semasa agar penonton mempunyai keupayaan menilai mesej yang baik apabila menonton filem.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 126
Call Number: BP190.5.M68N846 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101179+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
202.8 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.