Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459301
Title: Persepsi guru multi agama terhadap akhlak pelajar Islam di sekolah menengah kebangsaan daerah Melaka Tengah
Authors: Norazmah Ashary (P60495)
Supervisor: Ahmad Munawar Ismail, Dr.
Keywords: Akhlak
Muslim students -- Conduct of life
Issue Date: 2-Dec-2016
Description: Pelajar merupakan kelompok belia yang penting dalam sesebuah masyarakat dan negara. Di Malaysia, belia merupakan majoriti penduduk negara. Oleh sebab itu, isu berkaitan pelajar sering mendapat liputan meluas media elektronik mahupun media cetak. Isu kemerosotan akhlak dalam kalangan pelajar terus meruncing saban hari dan tahun. Kes-kes seperti mat rempit, pergaulan bebas, dadah, melawan guru dan sebagainya sering terkait dengan belia terutamanya pelajar Islam. Akhlak negatif ini berlawanan dengan isi kandungan ajaran Islam itu sendiri. Disebabkan itu, Islam seringkali disalahtafsirkan oleh masyarakat terutamanya masyarakat multi agama dan dikaitkan dengan kegagalan umat Islam mempamerkan akhlak atau tingkahlaku yang baik terhadap mereka. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan guru-guru multi agama di Melaka Tengah mengenai Islam. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji persepsi guru-guru multi agama di Melaka Tengahterhadap akhlak pelajar Islam. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis hubungan antara pengetahuan guru-guru multi agama terhadap persepsi akhlakpelajar Islam di Melaka Tengah. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah deskriptif dan instrumen soal selidik untuk mengumpul dan memperoleh data. Sampel kajian ini berbentuk non-probability sampling. Ia dipilih secara berkumpulan menggunakan purposive sampling yang melibatkan guru-guru multi agama di beberapa buah sekolah di Melaka Tengah. Dapatan kajian ini menunjukkan pengetahuan guru-guru multi agamamengenai Islam adalah tinggi dengan skor min 3.69. Dapatan mengenai persepsi guru-guru multi agama terhadap akhlakpelajar Islam jugatinggi dengan skor min 3.45. Manakala dapatan bagi hubungan antara pengetahuan Islam guru-guru multi agama dengan persepsi terhadap akhlakpelajar Islam di Melaka Tengah juga menunjukkan kedua-dua pemboleh ini mempunyai hubungan yang signifikan dengan nilai r = 0.52. Sekaligus, kajian ini menunjukkan bahawapengetahuan seseorang terhadap sesuatu perkara dapat mempengaruhinya membina sesuatu persepsi samada positif atau negatif.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 96
Call Number: BP188.18.Y68N646 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101178+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
169.94 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.