Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459299
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Dato' Dr.
dc.contributor.authorSharif Mohd Tahir (P73314)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:51:25Z-
dc.date.available2023-09-13T07:51:25Z-
dc.date.issued2017-01-19
dc.identifier.otherukmvital:101175
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459299-
dc.descriptionProduk biologi sintetik (SynBio) adalah sesuatu yang baharu dalam perkembangan bioteknologi moden. Ia dihasilkan melalui proses kejuruteraan bioteknologi melibatkan asid deoksiribonukleik (DNA) sintetik. DNA sintetik yang digunakan dalam produk SynBio ini dihasilkan di dalam makmal melalui proses pensintensisan DNA. Melalui proses tersebut, terhasilnya DNA sintetik yang menyerupai DNA asal haiwan haram yang sama dari segala aspek. Seterusnya, DNA sintetik tersebut dipindahkan kepada organisma lain bagi menghasilkan produk SynBio yang lebih berkhasiat dan tahan lama berbanding produk asli. Namun, berlaku permasalahan apabila timbulnya kecelaruan dalam produk SynBio yang melibatkan percampuran dengan DNA sintetik yang menyerupai DNA sumber yang haram. Oleh kerana permasalahan yang timbul merupakan sesuatu yang baharu, maka ia memerlukan kepada penentuan hukum yang lebih bersifat semasa bagi mengetahui status halal produk SynBio tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis konsep asas halal dan haram makanan menurut perspektif Islam. Selain itu, ia juga bertujuan bagi mengenal pasti kaedah dan sumber yang digunakan dalam penghasilan produk SynBio sekaligus melahirkan prinsip-prinsip penentuan hukum produk SynBio berasaskan haiwan menurut kerangka Maqasid Shariyyah. Reka bentuk kajian kualitatif digunakan dengan menganalisis data secara deskriptif, komparatif dan disusun secara tematik terhadap sumber-sumber fiqh dan sains. Hasil kajian mendapati produk SynBio boleh dimanfaatkan oleh orang Islam sekiranya menepati empat prinsip yang digariskan iaitu, prinsip tidak bersumberkan bahan haram, prinsip tidak melibatkan perkara syubhah, prinsip maslahah dan mafsadah serta prinsip darurat. Menerusi prinsip-prinsip tersebut, pengaplikasian penentuan hukum produk-produk SynBio menjadi lebih jelas dan teratur. Kajian ini signifikan bagi membantu pihak berautoriti seperti Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan menjadikannya sebagai panduan dalam membuat penentuan hukum berkaitan produk SynBio.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectMuslims -- Dietary laws
dc.titleKaedah penentuan hukum produk biologi sintetik (SynBio) berasaskan haiwan
dc.typetheses
dc.format.pages102
dc.identifier.callnoBP184.9.D5S534 2017 tesis
dc.identifier.barcode003464(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101175+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
385.61 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.