Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459298
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Basir Mohamad, Prof. Dr.
dc.contributor.authorHafizi Omar (P78733)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:51:23Z-
dc.date.available2023-09-13T07:51:23Z-
dc.date.issued2017-08-24
dc.identifier.otherukmvital:101174
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459298-
dc.descriptionPermasalahan baru yang timbul dalam kalangan masyarakat Islam memerlukan penentuan hukum yang jelas. Sepertimana masalah rokok elektronik, shisha (water pipe), penyalahgunaan air daun ketum dan sebagainya. Oleh itu, satu badan yang berkepentingan diperlukan untuk menyelesaikan permasalahan ini. Institusi fatwa merupakan badan yang bertanggungjawab mengkaji permasalahan tersebut dari pelbagai sudut dengan serius sebelum mengeluarkan sesuatu fatwa bersumberkan al-Quran, al-Sunnah dan pendapat ulama serta penggunaan kaedah fiqh yang sesuai. Namun begitu, ketika proses pemfatwaan dilakukan, tiada kenyataan yang khusus tentang penggunaan kaedah fiqh dalam pengeluaran sesuatu fatwa. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengkaji pengaplikasian kaedah fiqh dalam mengeluarkan sesuatu fatwa khususnya di negeri Kedah Darul Aman dalam menyokong dalil-dalil ang digunakan. Objektif kajian adalah mengkaji perbahasan ulama berkaitan kaedah fiqh secara umum serta menjelaskan kepentingan institusi fatwa dan mufti dalam menentukan sesuatu hukum. Kajian juga menganalisis keperluan perincian kaedah fiqh dalam penentuan hukum. Limitasi kajian ialah menganalisa buku kompilasi warta fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman. Metodologi kajian adalah berbentuk kualitatif dan menggunakan pendekatan reka bentuk analisis kandungan daripada sumber primer, sekunder dan temu bual separa struktur bersama Sheikh Mawarzi bin Dziyauddin sebagai timbalan mufti dan ustazah Faizah binti Hj. Mustafa sebagai pegawai bahagian pemfailan. Data-data terkumpul dianalisis secara deskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati Jabatan Mufti merupakan sebuah institusi yang mengkhabarkan sesuatu hukum terhadap sesuatu permasalahan yang timbul dalam kalangan masyarakat Islam. Kajian juga mendapati tidak semua fatwa yang direkodkan dalam kompilasi warta fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman menggunakan kaedah fiqh. Terdapat juga pemfatwaan yang menggunakan kaedah fiqh, namun ia tidak secara menyeluruh. Hasil kajian juga mendapati Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman menggunakan kaedah-kaedah fiqh yang khusus dalam proses penentuan hukum walaupun tidak dinyatakan dengan jelas dalam laporan fatwa-fatwa yang diwartakan. Kajian mencadangkan agar sesuatu fatwa perlu diperincikan dengan mengaplikasikan kaedah-kaedah fiqh agar masyarakat faham kepentingan kaedah fiqh sebagai sumber sokongan penentuan hukum selain al-Quran, al-Sunnah dan pandangan ulama. Diharapkan kajian ini menjadi panduan kepada Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman dan digunapakai dalam proses pemfatwaan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectInstitusi fatwa
dc.subjectIslamic law -- Interpretation and construction
dc.titleAplikasi kaedah fiqh terhadap fatwa negeri Kedah Darul Aman
dc.typetheses
dc.format.pages179
dc.identifier.callnoBP144.H335 2017 tesis
dc.identifier.barcode003463(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101174+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
602.68 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.