Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459296
Title: Amthal mengenai kehidupan dunia menurut al-Quran dan al-Sunnah
Authors: Ummi Nur Zainudin (P72835)
Supervisor: Tengku Intan Zarina Tengku Puji, Dr.
Keywords: Syariat
Qur'an -- Study and teaching
Issue Date: 17-Apr-2017
Description: Di dalam perkembangan dunia yang semakin canggih pada hari ini, ramai manusia yang semakin terleka dengan keseronokkan dunia sehingga melupakan kehidupan akhirat. Oleh itu, terhasil peradaban yang tidak membawa manusia ke arah kehidupan yang sebenar seperti yang dituntut dalam syariat Islam. Kehidupan secara Islam yang sebenar adalah merupakan matlamat abadi untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat tanpa memberi penekanan terhadap dunia semata-mata dan menyisihkan agama dalam kehidupan. Justeru, Allah SWT telah menurunkan alQuran dan hadith bagi menjelaskan ten tang hakikat kehidupan dunia yang sebenar kepada manusia. Namun begitu, jarang sekali masyarakat Islam kini menyedari ibrah daripada ayat al-Quran dan hadith mengenai kehidupan dunia melalui penggunaan uslub amthiil. Berdasarkan daripada kajian lepas, pengkaji mendapati terdapat kajian yang terdahulu membincangkan tentang ayat kehidupan dunia, namun dalam kajian tersebut tidak dikaitkan dengan uslub amthiil al-Quran dan hadith. Sehubungan dengan itu kajian ini akan membincangkan konsep amthiil al-Quran dan hadith, mengenalpasti ayat-ayat amthiil ten tang kehidupan dunia serta ibrah daripada ayat amthiil kehidupan dunia tersebut. Kajian ini merupakan suatu kajian kualitatif dengan reka bentuk anal isis kandungan. Sampel ayat akan dianalisis secara deskriptif dan disokong melalui penafsiran ulama muktabar. Hasil anal isis kajian daripada enam ayat amthal al-Quran dan enam ayat amthiil hadith yang telah dibincangkan, terdapat empat ibrah yang boleh disimpulkan. Pertama, dunia mempunyai mati am at yang khusus iaitu melaksanakan ' ubiidiyah kepada Allah SWT. Kedua, kehidupan dunia dipenuhi keseronokkan yang bersifat tipu daya. Ketiga, kesenangan yang dicapai dalam kehidupan bersifat sementara. Keempat, kehidupan akhirat lebih mulia dan utama berbanding kehidupan di dunia. Oleh yang demikian, kajian ini wajar dilakukan bagi kepentingan masyarakat Islam agar faham tentang hakikat dunia yang sebenar melalui ayat-ayat amthiil al-Quran dan hadith serta ibrah daripada ayat-ayat tersebut. Kesimpulannya, kajian ini memberi implikasi yang signifikan terhadap masyarakat Islam agar mengutamakan kehidupan akhirat dari kehidupan dunia berdasarkan ibrah daripada ayat-ayat amthiil ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 145
Call Number: BP130.77.U83 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101172+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
613.41 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.