Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459291
Title: Pendekatan mahkamah syariah terhadap keganasan rumahtangga dalam kes matrimonial
Authors: Nik Nurul Farhana Sulaiman (P62776)
Supervisor: Mohd Al Adib Samuri, Dr.
Keywords: Keganasan rumahtangga
Matrimonial actions (Islamic law) -- Malaysia -- Selangor
Issue Date: 14-Mar-2017
Description: Keganasan rumahtangga merupakan satu permasalahan yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil. Di Mahkamah Syariah tidak terdapat satu peruntukan khusus mengenai keganasan rumahtangga. Namun begitu, Mahkamah Syariah secara tidak langsung banyak menerima dan menyelesaikan kes-kes matrimonial yang melibatkan keganasan rumahtangga dalam kes-kes perceraian iaitu kes fasakh, khulu', ta'liq dan talaq. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji bidangkuasa mahkamah untuk membicarakan kes keganasan rumah tangga dan pendekatan yang digunakan oleh Mahkamah Syariah dalam menyelesaikan kes keganasan rumahtangga. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kes yang dilakukan di dua buah Mahkamah Syariah iaitu Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Metod yang digunakan untuk menganalisis data adalah secara deskriptif. Kajian mendapati bahawa dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terbatas, Mahkamah Syariah menggunakan pendekatan meluluskan permohonan perceraian supaya dharar syarie atau keganasan ini dapat diberhentikan. Secara tidak langsung, keputusan ini dapat membantu mangsa keganasan rumahtangga daripada terus didera. Kajian ini penting bagi menggambarkan fungsi Mahkamah Syariah dalam membela hak wanita dan keupayaan hakim Syarie untuk lebih sensitif terhadap isu-isu yang melibatkan keganasan rumah tangga.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 159
Call Number: BP158.M37.N53 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101168+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
643.26 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.