Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459290
Title: | Aplikasi wakalah bi al-ajr dalam pengurusan ibadah korban di Malaysia |
Authors: | Atif Che Adnan (P77139) |
Supervisor: | Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, Dr. |
Keywords: | Ibadah korban Kontrak wakalah Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 1-Oct-2017 |
Description: | Ibadah korban merupakan sunnah muakkadah dan syiar kepada agama Islam. Dalam perlaksanaan ibadah korban, individu disunatkan untuk menguruskan sendiri urusan korbannya dan juga diharuskan syarak untuk mewakilkan kepada pihak lain bagi yang tidak berkemampuan. Dewasa kini, kebanyakan ibadah korban diuruskan oleh beberapa syarikat komersial, organisasi non-komersial dan persendirian di dalam satu program, berasaskan kepada kontrak wakalah. Namun begitu, terdapat beberapa permasalahan syariah dalam pengurusan ibadah korban berkaitan dengan kontrak wakalah yang perlu kepada kajian. Matlamat kajian ini ialah untuk mengkaji pengurusan ibadah korban di Malaysia. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti bentuk-bentuk kontrak wakalah yang diaplikasikan oleh pihak pengurusan ibadah korban di Malaysia menurut perspektif syarak. Kajian ini menganalisis kontrak wakalah yang digunapakai di tiga lokasi kajian iaitu EZ Qurban Sdn. Bhd., Qurban Kasih Ummah IKRAM dan persendirian Mohd Hafendi bin Mohd Shuib (usahawan ternak). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi reka bentuk analisis kandungan yang diperolehi daripada data tekstual. Kaedah temubual separa struktur dilakukan bersama tiga orang wakil dari syarikat pengurusan ibadah korban dan tiga orang pakar dalam bidang muamalat. Pendekatan deskriptif dan induktif digunakan dalam menganalisis data yang diperolehi. Hasil kajian ini mendapati bahawa kontrak yang diaplikasikan oleh pihak pengurusan korban ialah kontrak wakalah bi al-ajr. Kajian ini juga mendapati beberapa permasalahan syariah yang timbul dari sudut isi kandungan kontrak dan amalan pengurusan. Di samping itu, kajian ini mencadangkan beberapa penambahbaikkan seperti memperincikan sighah kontrak wakalah bi al-ajr, diasingkan antara caj kos perkhidmatan dengan upah di dalam kontrak dan membuat kontrak bagi urusan lebihan kos. Implikasi kajian ini menunjukkan keperluan kepada satu garis panduan tentang tatacara penyediaan kontrak wakalah bi al-ajr bagi pihak pengurusan ibadah korban yang boleh dijadikan panduan kepada penambahbaikan terhadap aplikasi wakalah dalam pengurusan ibadah korban di Malaysia.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 151 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_101007+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.03 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.