Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459289
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd. Akil Muhamed Ali
dc.contributor.authorMaulana Muhammad Ilyas Temrin (P81853)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:50:56Z-
dc.date.available2023-09-13T07:50:56Z-
dc.date.issued2018-04-23
dc.identifier.otherukmvital:101001
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459289-
dc.descriptionProses pembelajaran ilmu hadis sudah diterapkan dalam sukatan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Namun begitu, berlaku beberapa masalah melibatkan proses pengajaran ilmu hadis di SMKA iaitu masalah peruntukan masa yang terhad, kelemahan sistem pembelajaran yang hanya menggunakan buku teks sebagai rujukan dan kekurangan buku teks yang khusus dalam pengajian hadis. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap sukatan pelajaran, metode pengajaran, bahan bantu mengajar dan penglibatan pelajar sepanjang proses pembelajaran ilmu hadis. Pembelajaran yang diambil hanya melibatkan empat mata pelajaran utama pengajian Islam di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia iaitu mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Syariah dan Usuluddin. Selain itu, permasalahan dan cadangan penambahbaikan sistem pembelajaran ilmu hadis di SMKA juga turut dikenal pasti. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan menggunakan instrumen soal selidik bagi memperolehi data. Sampel kajian terdiri daripada 53 orang guru mata pelajaran PSI, PQS, Syariah dan Usuluddin yang dipilih secara rawak berlapis. Setiap sampel kajian diminta untuk menjawab satu set soal selidik yang mengandungi 50 soalan. Kajian mendapati para guru bersetuju terhadap sukatan pelajaran dan menggunakan metode pengajaran yang pelbagai sepanjang proses pengajaran. Manakala persepsi para guru terhadap penyediaan bahan bantu mengajar dan penglibatan pelajar dalam proses P&P ilmu hadis hanya mencapai tahap sederhana. Oleh itu, semua pihak haruslah memberikan kerjasama kepada para guru dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang mencukupi bagi menarik minat para pelajar dalam mendalami ilmu hadis serta memudahkan para guru menyampaikan ilmu. Diharap dapatan kajian ini dapat membantu pihak-pihak berkenaan dalam memastikan pengajaran ilmu hadis di SMKA mencapai tahap yang lebih baik.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectIlmu hadis
dc.subjectBahan pengajaran
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePengajaran ilmu hadis di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak
dc.typetheses
dc.format.pages124
dc.identifier.barcode003456(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101001+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.88 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.