Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459286
Title: Tanggungjawab berkaitan aset dalam pembiayaan kenderaan berasaskan al-Ijārah Thumma al-Bayc di Bank Rakyat
Authors: Nur Hidayah Hamizah Mat Tohid (P77793)
Supervisor: Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, Dr.
Keywords: Aset
Kenderaan
Ijarah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 17-Dec-2017
Description: Tanggungjawab berkaitan aset Ijārah ditentukan dengan merujuk kepada status hak milik yang dipegang oleh setiap pihak yang berkontrak. Tanggungjawab ini mencakupi aspek penyelenggaraan dan perlindungan terhadap aset pendasar sepanjang tempoh Ijārah. Aset yang dimaksudkan disini ialah kenderaan bertepatan dengan produk yang dikaji iaitu al-Ijārah Thumma al-Bayc(AITAB). Produk ini berasaskan kontrak Ijārah, maka ia mesti mematuhi elemen-elemen penting dalam kontrak Ijārah dan bay, syarat-syaratnya serta terhindar daripada larangan shari'ah. Oleh kerana ketiadaan Akta Sewa Beli Islam yang khusus, maka Akta Sewa Beli Konvensional 1967 mesti dipatuhi demi mengelakkan terbatalnya kontrak tersebut. Impaknya berlaku kontradik antara shari'ah dan undang-undang dalam aspek risiko tanggungjawab pihak-pihak berkenaan terhadap aset di mana risiko-risiko tersebut kini diletakkan di bawah tanggungjawab pelanggan sedangkan teori asal Ijārah mewajibkan risiko-risiko tersebut di bawah tanggungan pemilik sewa. Maka, objektif utama kajian ini adalah mengenalpasti kedudukan aset dan tanggungjawab dalam Ijārah menurut syarak dan undang-undang, menilai keselarian tanggungjawab penyelenggaraan aset AITAB di Bank Rakyat dengan prinsip Shari'ah Islam serta menganalisis kaedah yang diaplikasi di Bank Rakyat dalam menentukan hak milik aset dalam AITAB. Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan dan kajian kes. Produk AITAB di Bank Rakyat telah dipilih dalam kajian ini. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen daripada kitab-kitab fiqh, jurnal dan data temu bual separa struktur. Hasil kajian ini mendapati amalan perletakkan tanggungjawab antara setiap pihak yang berkontrak di Bank Rakyat setakat kini belum memenuhi sepenuhnya garis panduan tanggungjawab seperti yang dikehendaki dalam akad Ijārah. Implikasi kajian menunjukkan bahawa perlunya satu undang-undang yang khusus bagi produk AITAB dalam menangani isu tersebut.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 105
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100998+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.