Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459285
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorChe Maryam Ahmad
dc.contributor.authorSiti Maryam Abdullah (P79753)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:50:45Z-
dc.date.available2023-09-13T07:50:45Z-
dc.date.issued2018-04-06
dc.identifier.otherukmvital:100997
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459285-
dc.descriptionPermintaan yang tinggi terhadap produk kecantikan dipengaruhi oleh sikap pengguna hari ini yang mementingkan kecantikan dan menjadikannya sebagai satu keperluan. Sebahagian produk kecantikan yang ditawarkan di pasaran dihasilkan melalui percampuran bahan bersumberkan plasenta. Justeru, kajian ini memfokuskan kepada penggunaan plasenta dalam produk kecantikan di Malaysia menurut perspektif Islam. Objektif kajian ini adalah; pertama untuk mengkaji hukum penggunaan plasenta haiwan dalam produk kecantikan dari sudut Syarak, kedua untuk mengenal pasti mekanisme yang digunakan untuk menentukan status produk kecantikan yang mengandungi plasenta di Malaysia dan ketiga untuk menganalisis sejauh mana pelaksanaan hukum penggunaan plasenta haiwan dalam produk kecantikan di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan metode pengumpulan data menerusi analisis kandungan dan temu bual. Data-data terkumpul dianalisis melalui pendekatan deduktif dan induktif. Hasil kajian mendapati bahawa produk jenis ini mempunyai dua status yang berbeza. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan penggunaan plasenta dalam produk kecantikan, sementara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menolak secara total penggunaan plasenta dan tidak mengeluarkan sijil halal terhadap produk tersebut. Perbezaan ini disebabkan oleh penilaian yang digunakan berbeza berdasarkan peruntukan perundangan yang berbeza. Implikasi kajian ini adalah untuk memberi maklumat kepada pengguna di Malaysia bahawa semua produk kecantikan yang mengandungi plasenta tidak mendapat pensijilan halal JAKIM. Ia juga sebagai panduan kepada pihak berautoriti untuk menilai semula dasar yang diamalkan.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectKosmetik
dc.subjectPlasenta
dc.subjectHukum
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePenggunaan plasenta haiwan dalam produk kecantikan di Malaysia menurut perspektif Islam
dc.typetheses
dc.format.pages110
dc.identifier.barcode003451(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100997+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.67 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.