Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459284
Title: Pendekatan dakwah JAKIM dalam mencapai kesejahteraan hidup masyarakat Orang Asli berteraskan Maslahah Syariah
Authors: Famida Naimi Hasbolah (P83426)
Supervisor: Abdul Ghafar Don, Prof. Madya Dr.
Keywords: Dakwah
Orang Asli
Kesejahteraan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 30-Mar-2018
Description: Masyarakat Orang Asli seringkali diasosiasikan dengan keterbelakangan dalam pelbagai aspek kehidupan sekaligus memberi kesan kepada kesejahteraan hidup mereka. Pendekatan Maslahah Syariah yang mempunyai lima komponen (dharuri) iaitu memelihara agama (hifz al-din), jiwa (hifz al-nafs), akal (hifz al--aql), keturunan (hifz al-nasb) dan harta (hifz al-mal) bertujuan mencapai kesejahteraan hidup masyarakat Orang Asli melalui penghayatan hidup gaya hidup yang sihat dan positif. Kajian ini bertujuan menganalisis pendekatan agensi dakwah kerajaan iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam mencapai kesejahteraan berdasarkan prinsip Maslahah Syariah terhadap masyarakat Orang Asli di Selangor. Kajian ini mengenal pasti beberapa bentuk program dakwh yang dilaksanakan JAKIM terhadap masyarakat Orang Asli iaitu antaranya kelas fardu ain, program ziarah, program korban dan sebagainya. Reka bentuk kajian kuantitatif yang digunakan ialah kajian tinjauan dengan mengedarkan 180 borang soal selidik kepada masyarakat Orang Asli yang telah memeluk Islam di Selangor. Sampel bertujuan digunakan dalam kajian ini dengan melibatkan masyarakat Orang Asli yang telah memeluk Islam sahaja. Pengumpulan data adalah melalui instrumen soal selidik yang diproses dalam perisian komputer Statistical Package for Social Sciences (SPSS) 23.0. Penganalisisan data pula adalah secara deskriptif berdasarkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan nilai purata min bagi pendekatan dakwah JAKIM dalam mencapai kesejahteraan masyarakat Orang Asli adalah min=3.43. Manakala keberkesanan pendekatan dakwah JAKIM dalam mencapai kesejahteraan hidup berteraskan Maslahah Syariah adalah dengan skor min=3.22. Pencapaian kesejahteraan melalui gerak kerja dakwah oleh JAKIM telah memberikan kesan yang baik terhadap pengamalan dan penghayatan Islam dalam kehidupan masyarakat Orang Asli. Implikasi kajian ini ialah pihak JAKIM, agensi dakwah lain serta masyarakat perlu bersama-sama menggembleng tenaga dalam gerak kerja dakwah yang lebih sistematik, kreatif dan berterusan supaya masyarakat Orang Asli berupaya mengamalkan gaya hidup berteraskan Maslahah Syariah seterusnya menjana kesejahteraan hidup.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 127
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100996+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.