Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459282
Title: Kaedah didikan keluarga terhadap pengamalan ajaran Islam penagih dadah wanita
Authors: Suhaizam Sulaiman (P83329)
Supervisor: A'dawiyah Ismail, Dr.
Keywords: Dadah
Wanita
Keluarga
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 1-Aug-2018
Description: Gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah merupakan isu yang sering diberikan perhatian oleh masyarakat terutamanya melibatkan penagih dadah wanita. Masyarakat dipaparkan dengan berita penyalahgunaan dadah hampir saban hari di media elektronik mahu pun media cetak. Keadaan ini perlu dipandang serius apatah lagi jumlah kemasukan penagih dadah wanita ke Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) meningkat secara mendadak pada tahun 2015. Malah, wanita yang mengambil dadah turut dilabelkan sebagai Muslim yang tidak baik akibat gagal mematuhi ajaran Islam. Data kajian mengenai penagih dadah wanita sangat berkurangan berbanding penagih dadah lelaki di Malaysia. Sebagai usaha berterusan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) turut memfokuskan pencegahan dadah adalah bermula di rumah kerana ibu bapa dan keluarga merupakan agen pencegahan dadah yang proaktif dalam menangani isu yang kompleks ini. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji latar belakang penagih dadah wanita di CCRC, mengkaji latar belakang keluarga penagih dadah wanita di CCRC, mengenal pasti tahap pengamalan ajaran Islam penagih dadah wanita di CCRC dan menganalisis kaedah didikan keluarga terhadap pengamalan ajaran Islam penagih dadah wanita. Kajian ini dijalankan di CCRC Bachok, Kelantan. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan (survey research) yang menggunakan instrumen soal selidik. Kaedah pensampelan bertujuan (purposive sampling) digunakan dalam pemilihan sampel kajian. Seramai 197 orang sampel yang terdiri daripada penagih dadah wanita Islam di CCRC dipilih sebagai responden kajian. Data diperoleh melalui borang soal selidik dan dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengamalan ajaran Islam responden berada pada tahap sederhana. Ini melibatkan aspek pengamalan akidah, ibadah dan akhlak dalam kehidupan seharian mereka. Manakala kaedah didikan yang diterima daripada keluarga semasa kecil berkaitan pembinaan akidah, ibadah dan akhlak berada pada tahap sederhana. Ini bermakna didikan keluarga terhadap anak-anak yang tidak mementingkan roh Islam telah melalaikan pengamalan asas Islam sehingga terjebak dalam penyalahgunaan dadah dan aktiviti maksiat yang lain. Implikasi kajian ini dapat memberi perkembangan ilmu terhadap institusi yang bertanggungjawab khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan sebagainya yang berkaitan untuk memperkasakan institusi kekeluargaan. Justeru, peranan ibu bapa wajar diberi perhatian dan penekanan dalam mendasari pendidikan anak-anak berasaskan al-Quran dan sunah agar terhindar daripada gejala sosial untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 260
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100995+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.