Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459280
Title: Perkembangan pengajian pondok di Yayasan al-Jenderami dan sumbangannya kepada masyarakat Islam di Malaysia
Authors: Fatin Nabilah Mohd Tahir (P62775)
Supervisor: Nozira Salleh, Dr.
Keywords: Pengajian pondok
Islamic religious education -- Malaysia
Issue Date: 14-Apr-2017
Description: Sistem pengajian pondok merupakan institusi pendidikan Islam yang bersifat tradisional dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan masyarakat Melayu. Institusi pengajian ini telah melalui fasa-fasa kegemilangan dan kejatuhan sepanjang sejarahnya terutama pada abad ke-18 hingga pertengahan abad ke-20 Masihi. Pengajaran dan pembelajaran yang berpusat di rumah, surau dan masjid kemudiannya berkembang menjadi institusi pengajian pondok telah berjaya membuka tabir ilmu pengetahuan agama Islam dan mengaplikasikan ilmu dan amal dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, perkembangan Yayasan al-Jenderami dalam cabaran globalisasi masa kini menuntut institusi ini memenuhi keperluan sosial masyarakat moden dan mempertahankan misinya sebagai sebuah institusi khusus bagi mempelajari ilmu-ilmu keagamaan. Kajian ini memfokuskan kepada sistem pengajian pondok yang diurustadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan al-Jenderami. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejarah penubuhan dan perkembangan Yayasan al-Jenderami sebagai sebuah institusi pengajian pondok masa kini. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk membincangkan sistem pengajian pondok yang dilaksanakan di Yayasan al-Jenderami kepada setiap lapisan masyarakat serta mengenal pasti sumbangan pengajian pondok di Yayasan al-Jenderami kepada masyarakat Islam. Reka bentuk kajian kes adalah bersifat kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan temubual. Data-data yang diperolehi daripada sumber tersebut kemudiannya dianalisis melalui pendekatan deskriptif. Seramai sebelas orang responden yang terdiri daripada kakitangan pengurusan, tenaga pengajar, pelajar dan masyarakat terlibat dalam temubual ini. Hasil kajian juga mendapati bahawa sistem pengajian yang dilaksanakan di Yayasan al-Jenderami terbahagi kepada dua bentuk iaitu pengajian ᶜumūmī dan pengajian khuṣūṣī. Yayasan al-Jenderami masih mengekalkan elemen-elemen penting dalam tradisi pengajian pondok seperti tuan guru, para pelajar, penggunaan kitab-kitab turāth dan prinsip asas pembelajaran pondok. Sistem pengajian pondok di Yayasan al-Jenderami telah memberikan sumbangan besar kepada masyarakat Islam khususnya bidang pendidikan, keagamaan dan sosial, lebih-lebih lagi pengajian dan program yang dianjurkan mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan masyarakat Islam. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan sistem pengajian pondok di Yayasan al-Jenderami masih releven kepada masyarakat Islam setempat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 131
Call Number: LC910.M4F348 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99434+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
484.92 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.