Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459278
Title: Kajian kitab Hujjat Allah al-Balighah karya Wali Allah al-Dihlawi dan takhrij hadis dalam al-Qism al-Awwal
Authors: Lutpi Mustafa (P69629)
Supervisor: Fadlan Mohd Othman, Dr.
Keywords: Hadis
Hadith -- Authorities
Issue Date: 1-Feb-2017
Description: Kajian mengenai kitab ujjat Allah AL-BLIGHAH karya Shah Wali Allah al-Dihlawi dan Takhrij Hadis adalah terarah dalam al-Qism al-Awwal. Kitab ini terkenal dalam kalangan tokoh-tokoh cendekiawan dan telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu. Berbicara mengenai hadis, al-Dihlaw membahagikan hadis kepada dua ialah hadis Tabligh al-Risalah iaitu hadis yang wajib ditaati dan hadis Laysa Min Bab Tabligh al-Risalah iaitu hadis yang tidak wajib ditaati. Menjelaskan hadis Laysa Min Bab Tabligh al-Risalah, hadis ini seolah-olah menidakkan pengertian sunnah dalam perbahasan Ilmu Hadis dan pengertian sunat dalam perbahasan Ilmu Fiqh. Manakala hadis-hadis dalam kitab ini tidak dijelaskan sumber riwayatnya dan tidak pula dinyatakan kedudukannya. Justeru, pandangan beliau meletakkan kitab Muwatta' al-Imam Malik setaraf dengan kitab al-sahihayn adalah bertentangan dengan jumhur ulama. Objektif dalam kajian ini ialah membincangkan keunikan kitab Hujjat Allah al-Balighah dan mengupas pemikiran hadis menurut al-Dihlawi serta menganalisis kedudukan hadis menggunakan kaedah takhrij. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif yang mengutamakan rujukan sumber dan maklumat-maklumat yang terkumpul dianalisis melalui pendekatan deduktif, komparatif dan takhrij. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kitab ini memberi impak yang besar dalam arus kesarjanaan kerana aplikasi perbahasannya yang unik dan teori-teori yang termuat di dalamnya masih diterima-pakai sehingga kini. Pemikiran al-Dihlawi mengenai hadis dilihat sebagai kecaknaan beliau memelihara kemurniaan hadis dan beliau menilai hadis sebagai sumber produktif menerusi konsep ijtihad sebagai tashri'iyyah. Kaedah takhrij telah menjelaskan kedudukan hadis-hadis makbul berjumlah 80 buah dan hadis-hadis mardd berjumlah 10 buah. Kajian ini memberi sumbangan yang besar terutama kepada warga pelajar sebagai sumber maklumat yang terkini mengenai hadis. Namun, usaha ini dilihat sebagai suatu langkah jangka pendek dan langkah seterusnya perlu diteruskan agar kajian mengenai pemikiran al-Dihlawi dan keunggulan kitabnya ini dapat menghasilkan nilai-nilai yang kontemporari.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 265
Call Number: BP136.5.L848 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99432+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
715.88 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.