Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459277
Title: | Pengklasifikasian Disorder of Sex Development (DSD) menurut perspektif Islam dan perubatan |
Authors: | Anisatul-Qalbi Mohd Sofiyuddin (P73328) |
Supervisor: | Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Dato' Dr. |
Keywords: | Khunsa Sex differentiation disorders |
Issue Date: | 9-Jan-2017 |
Description: | Keadaan Disorder of Sex Development (DSD) turut dikesan berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia merupakan masalah kelainan dalam perkembangan seks. Terdapat segelintir bayi yang dilahirkan sebagai golongan DSD dan menghadapi ketidakjelasan tentang status jantina hingga menyebabkan individu terbabit sukar menjalani kehidupan seharian. Tambahan pula, tiada garis panduan khas bagi menentukan kategori DSD sama ada mereka termasuk dalam golongan khunsa atau tidak. Kajian ini memfokuskan permasalahan DSD yang dikendalikan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Justeru, objektif kajian ini ialah bagi mengenalpasti beberapa kes diagnosa yang berlainan dikenali sebagai DSD menurut perspektif Islam dan perubatan. Ia turut mengkaji pengklasifikasian terhadap diagnosa yang berlainan bagi DSD sama ada ia menepati kriteria sebagai khunsa menurut perspektif Islam. Jika khunsa, sama ada khunsa musykil atau khunsa wadhih. Selain itu, kajian ini bertujuan menganalisis kaedah penentuan hukum yang diaplikasikan terhadap pesakit DSD. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif dalam proses memperoleh data dan material melalui penyelidikan kepustakaan dan temubual. Data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deduktif dan induktif. Hasil kajian mendapati bahawa bukan semua diagnosa DSD adalah khunsa. Contohnya, diagnosa Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser (MRKH) di bawah kategori DSD 46, XX, jantina pesakit jelas seperti perempuan tetapi hanya cacat pada rahim. Manakala, Hypospadias di bawah kategori DSD 46, XY, jantina pesakit jelas seperti lelaki tetapi hanya cacat pada lubang kencing sahaja. Kajian ini memberi implikasi penting ke atas golongan DSD, dan memberikan pakar perubatan serta pihak JAKIM panduan umum dalam mengendalikan kes penentuan jantina pesakit DSD.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 151 |
Call Number: | RC883.5.S47A54 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99431+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 670.29 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.