Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459276
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nur A'thiroh Masyaa'il Tan Abdullah @ Tan Ai Pao, Dr. | |
dc.contributor.author | Roslieza Rosli (P78716) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:50:19Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:50:19Z | - |
dc.date.issued | 2017-04-04 | |
dc.identifier.other | ukmvital:99430 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459276 | - |
dc.description | Keperihatinan terhadap usaha dan seruan dakwah yang dikhususkan kepada mualaf Cina Peranakan Kelantan mestilah kreatif, interaktif, efektif dan berupaya memahami latar belakang kehidupan mereka sebelum dan selepas berlakunya konversi agama. Jika aspek ini gagal difahami oleh organisasi dakwah, pelbagai masalah yang wujud seperti kesukaran mualaf untuk menerima, menghayati dan mempraktikkan Islam dalam kehidupan. Pengurusan dakwah yang tidak sistematik berpunca daripada kekangan kewangan, sumber manusia dan kurangnya kesedaran dan tanggungjawab terhadap usaha dakwah dalam kalangan orang Cina pula menyebabkan aktiviti dan program dakwah kurang mendapat perhatian dan sambutan yang menggalakkan oleh mualaf. Bagi mengatasi kompenan masalah yang timbul, maka ia mesti didasari oleh asas-asas utama metodologi dakwah yang pelbagai dan fleksibel mengikut kesesuaian masa, keadaan, tempat dan sasaran dakwah. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti latar belakang penubuhan MACMA Kelantan, mengkaji permasalahan MACMA Kelantan dalam melaksanakan aktiviti dakwah kepada mualaf dan menganalisis metodologi dakwah MACMA Kelantan kepada mualaf. Kawasan kajian melibatkan pejabat MACMA Kelantan dan Pusat Aktiviti Cina Muslim, Kelantan. Metodologi kajian adalah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes melalui temu bual berstruktur, temu bual tidak berstruktur dan pemerhatian ikut serta. Kajian ini menggunakan pensampelan bertujuan dan dianalisis secara naratif deskriptif. Dalam pada itu, dapatan kajian disusun berdasarkan thematic untuk mengenal pasti tema-tema yang terbentuk hasil daripada temu bual yang telah dilakukan. Pembentukan tema data kualitatif diukur menggunakan indeks Cohen Kappa dengan nilai tertinggi 1.0. Hasil kajian mendapati, MACMA Kelantan telah memanifestasi metodologi dakwah kepada empat kaedah utama iaitu metodologi dakwah al-hikmah, metodologi dakwah melalui pendidikan, metodologi dakwah bi hal dan metodologi dakwah bi lisan. Di samping itu, kajian ini memberi sumbangan ilmu kepada MACMA Kelantan, Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) serta badan-badan NGO Islam yang terlibat dengan dakwah Islamiah di Malaysia. Implikasi kajian ini dapat mengembangkan usaha dakwah MACMA Kelantan khususnya kepada mualaf Cina dan umumnya kepada semua bangsa.,Tesis in tidak ada Perakuan Tesis Sarjana?Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Mualaf | |
dc.subject | Da'wah (Islam) | |
dc.title | Metodologi dakwah Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Kelantan kepada mualaf | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 300 | |
dc.identifier.callno | BP170.85.R647 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003278(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99430+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.51 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.