Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459275
Title: Pendekatan psikologi Islam dalam menangani histeria remaja Muslim
Authors: Amirah Mad Radzi (P78101)
Supervisor: Fariza Md Sham, Prof. Madya Dr.
Keywords: Histeria
Counseling -- Religious aspects -- Islam
Issue Date: 23-Feb-2017
Description: Fenomena histeria di Malaysia seolah-olah tiada penghujungnya kerana dilihat tiada jalan penyelesaian dominan yang boleh mengelakkan kes ini daripada berulang. Walaupun fenomena ini jarang-jarang berlaku, tetapi masalah ini memberi impak yang besar terutamanya apabila berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Situasi ini secara tidak langsung telah mencetuskan ketakutan dan kerisauan kepada remaja dan guru kerana ia memerlukan semangat yang kuat dalam mendepani masalah ini. Pelbagai pendekatan dan kaedah telah dilaksanakan untuk mengurangkan kes ini daripada berlarutan. Hal ini secara tidak langsung memerlukan pemilihan pendekatan yang sesuai termasuk rawatan dari sudut psikologi Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan psikologi Islam yang digunakan sebagai kaedah menangani histeria dalam kalangan remaja serta perbezaan antara pendekatan yang digunakan dengan taraf pendidikan agama ibubapa dan pelajar. Seramai 361 orang remaja merangkumi empat buah sekolah di sekitar Selangor dipilih secara berkelompok telah dijadikan sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seterusnya, dapatan kajian dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif dan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS). Hasil kajian menunjukkan pendekatan penyucian jiwa adalah pendekatan majoriti yang diamalkan oleh remaja dalam menangani histeria. Dapatan kajian juga mendapati tahap pengamalan pendekatan psikologi Islam adalah tinggi. Namun secara keseluruhan, pengamalan pendekatan psikologi Islam oleh remaja berada di tahap yang tinggi. Kajian ini memberi sumbangan khususnya dari segi penambahan terhadap perkembangan psikologi Islam dalam menangani histeria remaja. Kajian ini juga memberi implikasi kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, ibu bapa serta guru-guru dalam mengenalpasti simptom histeria serta pendekatan menangani histeria menggunakan pendekatan psikologi Islam. Oleh itu, secara keseluruhannya kajian ini mendapati bahawa pendekatan psikologi Islam wajar diaplikasikan oleh remaja Muslim dalam menangani histeria,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 139
Call Number: BP190.5.C68A47 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99429+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
727.28 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.