Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459274
Title: Penterjemahan kata nama khas dan istilah antara Google Translate dengan Ginger
Authors: Raihana Mohd Yusof (P74456)
Supervisor: Suhaila Zailani @ Ahmad, Dr.
Keywords: Terjemahan
Machine translating
Issue Date: 10-Jul-2017
Description: Mesin terjemahan wujud pada awalnya berasaskan kamus elektronik dan telah berkembang seiring dengan peredaran zaman. Kini, mesin terjemahan turut memberi sumbangannya dalam bidang terjemahan tetapi mutu terjemahannya masih diragui. Kajian ini bertujuan mengenal pasti perbezaan dan persamaan hasil terjemahan Kata Nama Khas dan Istilah melalui kedua-dua jenis mesin terjemahan; Google Translate dan Ginger. Di samping itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji perbezaan kaedah terjemahan yang disediakan oleh Google Translate dan Ginger. Tujuan lain adalah untuk menentukan ketepatan padanan hasil terjemahan Kata Nama Khas dan Istilah selepas proses terjemahan. Kajian ini menggunakan metode kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan dan data dianalisis secara deskriptif. Korpus kajian ini ialah berita Al Jazeera versi bahasa Arab yang diterjemahkan ke bahasa Melayu menggunakan dua mesin terjemahan iaitu Google Translate dan Ginger. Sepuluh buah teks daripada lima bidang berbeza iaitu politik, ekonomi, perubatan dan kesihatan, sukan serta sains dan teknologi dipilih sebagai sampel kajian. Kajian memfokuskan pada terjemahan Kata Nama Khas dan Istilah sahaja. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan dan persamaan hasil terjemahan Kata Nama Khas dan Istilah yang dilakukan oleh Google Translate dan Ginger. Terdapat enam jenis terjemahan yang berbeza yang terhasil daripada proses terjemahan menggunakan Google Translate dan Ginger. Dapatan lain menunjukkan terdapat ketepatan dan ketidaktepatan hasil terjemahan Kata Nama Khas dan Istilah menggunakan kedua-dua mesin terjemahan tersebut. Kajian ini memberi implikasi kepada pakar Teknologi Maklumat dan bahasa Arab agar dapat menambahbaik mutu terjemahan kedua-dua mesin terjemahan terutama yang melibatkan terjemahan bahasa lain ke bahasa Arab atau sebaliknya. Para pengguna Google Translate dan Ginger juga perlu berhati-hati ketika melakukan proses terjemahan menggunakan kedua-dua mesin terjemahan tersebut.,Tesis in tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 163
Call Number: P308.R336 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99428+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
131.35 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.